bismillahhirrahmanirrahim ..
assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh ..
Setelah 61 tahun berlalu, Palestin masih lagi menangis. Hari ini Palestin menyaksikan pertempuran yang mengakibatkan beribu-ribu nyawa yang tidak berdosa gugur syahid di tangan tentera Zionis yang tidak menghargai nyawa orang lain. Anak-anak yatim Palestin dan para balu menangis kerana kematian bapa dan suami yang berjuang mempertahankan walau seinci bumi yang dimiliki daripada terus dijajah oleh Yahudi laknatullah.
Hari ini, rakyat Palestin menderita akibat sifat kebinatangan rakus yang ditunjukkan oleh negara Israel dan sekutu-kutunya. Hak umat Palestin dinafikan dan kebatilan ditegakkan dengan kekerasan.
Palestin telah melalui sejarah yang panjang dalam tamadun manusia dan menjadi rebutan kepada 3 agama. Namun demikian Palestin mempunyai kedudukan yang istimewa di dalam hati setiap muslim sejak zaman berzaman. Keistimewaan Palestin yang terdapat di dalamnya Masjid al-Aqsa seperti yang terdapat di dalam al-Quran, al-Hadis dan sejarah ialah:
1. Sebagai qiblat pertama umat Islam
2. Masjid kedua yang dibina di atas muka bumi selepas 40 tahun pembinaan Masjidil Maram, Mekah (Ka’abah).
3. Masjid ketiga paling suci selepas Masjidil Haram dan Masjid an-Nabawi.
4. Tempat berlakunya Isra’ dan Mikraj
5. Bumi para nabi dan rasul
6. Negeri perjuangan yang menyaksikan ribuan darah syuhada’ yang gugur memperjuangkan dan membebaskan Masjid al-Aqsa.
7. Harta waqaf umat Islam sehingga hari kiamat.
Kezaliman yang dilakukan oleh rejim Zionis yang bermula pada tahun 1948 setelah terbinanya negara haram Israel telah menyaksikan isu-isu kemanusiaan sering ditimbulkan dan mendapat prihatin masyarakat dunia. Apa yang sebenarnya berlaku di Palestin bukanlah isu-isu kemanusiaan semata-mata tetapi lebih daripada itu. Ia melibatkan isu akidah umat Islam, tanah air, maruah dan peradaban.
Sesungguhnya bumi Palestin yang terdapat di dalamnya kiblat pertama umat Islam adalah watan yang perlu dipertahankan oleh umat Islam seluruh dunia. Apatah lagi Masjid al-Aqsa yang merupakan persinggahan Rasulullah s.a.w sebelum di"Mi'raj"kan ke langit sekarang ini terancam dengan apa yang dilakukan oleh Yahudi laknatullah terhadap masjid yang mulia ini.
Firman Allah yang bermaksud: “Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang Kami berkati sekelilingnya untuk Kami perlihatkan kepadanya ayat-ayat Kami, sesungguhnya Dialah Allah Yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat.” [Al-Isra (17): 1]
Yahudi berusaha untuk meruntuhkan Masjid al-Aqsa bermula dengan siri pengebomannya terhadap masjid suci yang ketiga umat Islam pada 1 Mei 1980 setelah mereka berusaha memusnahkannya dengan membakarnya pada tahun 1969.
Hari ini usaha meruntuhkan Masjid al-Aqsa giat dijalankan dengan membina terowong-terowong di bawah Masjid al-Aqsa supaya masjid ini runtuh dan didirikan di atasnya Haikal Sulaiman (kuil Yahudi) yang merupakan di antara matlamat mereka untuk menguasai Masjid al-Aqsa. Kini Masjid al-Aqsa dalam keadaan merbahaya. Zionis Yahudi berusaha memastikan doktrin-doktrin Talmud, kitab yang menyeleweng yang mereka yakini dapat direalisasikan.
Pencerobohan dan kemusnahan yang dialami oleh rakyat Palestin, bukanlah isu politik semata-mata, tetapi lebih daripada itu. Ia merupakan isu agama, isu peradaban dan tanah air yang perlu diselesaikan juga dengan kesatuan agama Islam. Islam amat menghendaki umatnya bersatu menentang musuh tanpa mengenal sempadan dan warna kulit.
Firman Allah yang bermaksud: “Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.” [Al-Hujurat (49): 10]
Apa yang memeritkan, tatkala masyarakat Islam seluruh dunia bangun memprotes apa yang dilakukan oleh rejim zionis terhadap rakyat Palestin, pemimpin negara-negara Arab seolah-olah merestui apa yang dilakukan oleh rejim Zionis yang disokong oleh kuasa besar Amerika Syarikat dan Britain untuk melakukan apa sahaja kepada saudara seakidah mereka. Di saat umat Islam di negara ini berusaha membantu kesengsaraan dan penderitaan rakyat Palestin ada di kalangan negara-negara Arab merestui apa yang dilakukan oleh rejim Zionis dan sekutu kuatnya Amerika Syarikat.
Di manakah maruah umat Islam? Inilah di antara bahana dan kesannya apabila umat Islam terlalu bergantung dengan kuasa-kuasa besar dan bukannya kepada Allah s.w.t.
Sikap ini perlu dibebaskan daripada jiwa kita dan kita wajib membantu rakyat Palestin dengan apa jua cara tindakan, yang bermula dengan doa kita kepada Allah sehinggalah kepada tekanan-tekanan yang boleh menyebabkan Yahudi dihalau keluar daripada negara yang dijajah oleh mereka.
Masjid al-Aqsa dikepung dan tiada umat Islam di bawah umur 45 tahun dibenarkan bersolat di dalamnya. Selain daripada itu kezaliman dan penindasan rakus menggunakan senjata-senjata yang dimiliki dengan melalui saluran undang-undang. Mahkamah Tinggi Israel mengisytiharkan keizinan untuk orang Yahudi bersembahyang di Masjid al-Aqsa dan fatwa terbaru yang dikeluarkan oleh paderi mereka ialah ”hendaklah membawa kitab Talmud 3 kali seminggu di dalam Masjid al-Aqsa”.
Pencerobohan terbaru ke atas Masjid Al-Aqsa Al-Mubarak oleh puak ekstremis Yahudi di bawah pengawasan tentera Israel berlaku pada hari Ahad 4 Oktober 2009 yang lepas. Pencerobohan itu, yang dilakukan tepat selepas 9 tahun Ariel Sharon melaksanakan tindakan memalukan yang sama, berlaku pada perayaan Yahudi ‘Yom Kippur’. Tindakan mereka ini telah menyebabkan 16 orang rakyat Palestin dimasukkan ke hospital dan 9 lagi dipenjarakan. Masjid Al-Aqsa Al-Mubarak adalah tempat suci dan ianya sangat tidak boleh diterima apabila tentera Israel bersama penduduknya dibenarkan untuk melakukan jenayah yang kejam terhadap rakyat Palestin, komuniti Muslim dan masjid sucinya.
Umat Islam wajib mengetahui perkara ini dan sememangnya sikap Yahudi ini merupakan penerusan terhadap apa yang diputuskan sebelum ini seperti arahan daripada Perdana Menteri Israel iaitu Ehud Barak untuk menjadikan Musolla Marwan yang terdapat di dalam al-Aqsa menjadi tempat ibadah khusus untuk orang Yahudi pada 3 Oktober 1999.
Malangnya umat Islam masih leka dan terus menyokong bantuan-bantuan yang telah diberikan kepada Israel melalui pembelian barangan makanan, mahupun perkhidmatan yang secara jelas kutipannya diberikan kepada negara Israel. Di manakah maruah umat Islam?
Sesungguhnya kekejaman Zionis pasti akan berulang dan terus berulang tanpa mengenal siapa yang menjadi sasaran.
Protokol Zionis yang ditetapkan oleh mereka nampaknya telah memberi kesan dan pengaruh kepada kehidupan umat Islam. Umat Islam seolah-olah hanyut dengan kemewahan dan budaya hedonisme gila yang akhirnya mereka lupa dengan apa yang berlaku terhadap saudara-mara seakidah mereka. Tusukan tajam jarum-jarum Zionis melalui hiburan, telah menyebabkan pegangan akidah umat Islam semakin longgar. Justeru itu perasaan ukhuwwah perlu disemai dan dibaja semula dengan iman dan Islam, agar apa yang berlaku di Palestin dirasai bersama sehingga menghasilkan tindakan-tindakan yang sesuai sebagai seorang muslim.
Protokol Zionis yang ditetapkan oleh mereka nampaknya telah memberi kesan dan pengaruh kepada kehidupan umat Islam. Umat Islam seolah-olah hanyut dengan kemewahan dan budaya hedonisme gila yang akhirnya mereka lupa dengan apa yang berlaku terhadap saudara-mara seakidah mereka. Tusukan tajam jarum-jarum Zionis melalui hiburan, telah menyebabkan pegangan akidah umat Islam semakin longgar. Justeru itu perasaan ukhuwwah perlu disemai dan dibaja semula dengan iman dan Islam, agar apa yang berlaku di Palestin dirasai bersama sehingga menghasilkan tindakan-tindakan yang sesuai sebagai seorang muslim.
Di saat ini masjid-masjid di Palestin telah ditukarkan menjadi kuil Yahudi, kelab malam, panggung wayang dan kandang-kandang lembu. Di saat ini khususnya di Semenanjung Gaza, umat Islam Palestin dikepung dan tiada jalan keluar dan masuk untuk bantuan tiba. Di saat ini, ramai kanak-kanak Palestin syahid disebabkan kehabisan bekalan ubat untuk merawat kecederaan yang dialami. Di saat ini umat Islam Palestin menanggung sengsara yang tidak terhingga dan tidak terkata, malah menjadi buntu kepada siapakah pertolongan mahu dipinta. Persoalan yang selalu berlegar di dalam pemikiran mereka “Kenapakah masyarakat antarabangsa mendiamkan diri sedang kami di sini diancam oleh Zionis saban hari. Di manakah umat Islam?”
Jika dahulu semasa kegemilangan Islam, dan khalifah adil memerintah, jika seinci bumi Islam diceroboh, maka akan dihantar bala tentera Islam untuk mempertahankan dan merampas kembali. Namun kini semuanya itu hanya tinggal kenangan. Walau bagaimanapun, nostalgia kegemilangan ini perlu dibangkitkan dan disegarkan semula agar seluruh umat Islam menyedari bahawa kekuatan sedemikian perlu diwujudkan kembali agar kezaliman yang dialami umat Islam mendapat pembelaan yang secukupnya.
Bumi Palestin dinodai. Umat Islam Palestin dinafikan haknya. Rakyat Palestin menangis kesedihan kerana mereka yang serba kekurangan dari semua sudut, berlawan bersendirian dengan rejim Zionis yang mendapat sokongan dan dokongan dari dunia Barat yang diketuai Amerika Syarikat. Umat Islam Palestin menangis, di saat mereka bergelumang dengan darah dan nyawa mereka, rejim Zionis dengan kekuatan persenjataan yang mereka miliki sedikit demi sedikit meratah nyawa mereka tanpa mengenal siapa.
Umat Islam perlu menyedari hakikat ini! Apalah yang hendak diharapkan daripada musuh-musuh Islam bagi mempertahankan dunia Islam sendiri.
Umat Islam wajib bersatu berganding bahu tanpa membuang masa dan waktu, bangun mempertahankan Baitul Maqdis yang satu. Islam adalah teras kepada kesedaran ini dan bukannya hanya semangat yang ditiup oleh kepentingan individu.
Jika sekiranya bangsa Yahudi dimotivasikan oleh kitab Talmud mereka, umat Islam mesti dimotivasikan dan dibangunkan jiwanya dengan kitab suci al-Quran. Itulah cara dan jalan terbaik bagi memastikan umat Islam terbela dan mendapat haknya dan tidak lagi diperkotak-katikkan oleh musuh-musuh Islam. Sesungguhnya kemenangan Islam itu memang pasti akan berlaku, maka beruntunglah bagi mereka yang berusaha untuk mengembalikan semula kegemilangan Islam yang pernah dikecapi sebelum ini. Islam pasti memerintah semula dunia ini dengan keadilan syariat dan berbahagialah mereka yang bekerja dan berusaha memastikan kegemilangan Islam di muka bumi ini.
Hati kita dengan umat Islam di Palestin adalah terikat dengan ikatan akidah yang satu. Perjuangan rakyat Palestin dengan nyawa dan darah mereka adalah fardhu ain dan kefarduan jihad telah dilaksanakan oleh mereka. Jika sekiranya umat Islam Palestin berjihad menggunakan senjata dan ia merupakan fardhu ain ke atas mereka. Maka kefarduan tersebut diganti dengan jihad kewangan dan sokongan moral kepada kita bagi membantu rakyat Palestin. Tidakkah ini satu perjanjian dan satu pertukaran yang menguntungkan kepada umat Islam di negara kita. Sesungguhnya bantuan kewangan bagi memenuhi keperluan umat Islam Palestin wajib ke atas kita semua.
Ya Allah, selamatkanlah kiblat pertama umat Islam ini daripada terus dijajah dan dikuasai oleh bangsa yang jelas melakukan kerosakan di atas muka bumi ini. Selamatkanlah tempat Isra’ RasulMu itu daripada terus diceroboh dan diroboh oleh bangsa yang beranggapan bahawa mereka adalah umat pilihan Tuhan.
Ya Allah ya Aziz ya Muntaqim, satukanlah hati-hati umat Islam dengan ikatan akidah yang satu demi mempertahankan tanah suci Baitul Maqdis. Berikanlah kepada kami kemenangan yang hakiki dan seterusnya memperoleh kejayaan abadi di akhirat nanti. Lembutkanlah hati-hati kami untuk sentiasa menghulurkan pertolongan dan bantuan kepada saudara kami di Palestin dan jadikanlah kehidupan kami sebagai secebis perjuangan untuk membebaskan bumi yang tercinta Palestin.
Firman Allah yang bermaksud: “Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang Kami berkati sekelilingnya untuk Kami perlihatkan kepadanya ayat-ayat Kami, sesungguhnya Dialah Allah Yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat.” [Al-Isra (17): 1]
No comments:
Post a Comment