hye
assalamualaikum
now bebudak spm sedang panas perah otak
ulangkaji pelajaran
sebab kita semua budak spm sekarang ni sedang berada di medan perang
bukan bawak senjata tetapi bawak bekal ilmu yang telah kami belajar
tapi rest kejap sebab minggu ni ada gets seminggu
mula balik 19/11
tapi terpaksa kerah otak baca buku juga
sebab perjuangan belum berakhir lagi tapi frust sangat masa paper sejarah hari rabu tu
usahalah fokus tajuk cikgu target tapi satu pun tak naik
sedih
btw bukan salah cikgu
dia pun tak tahu soalan apa yang nak naik
apa-apa pun tawakal ja
jawab-jawab dah
so doa banyak-banyak dan terus bertawal
saja , tu ja yang mampu sekarang ni nak fikir banyak tak boleh
sebab paper lain banyak lagi tak jawab
rasa syukur sangat sebab matematik senang
banyak yang boleh jawab
hope sangat boleh lulus tapi kalau dapat credit Alhamdulillah la
paper yang akan datang masih ada 5 lagi
itah ambik 9 subjek je . . so taklah banyak sangat
so bagi semua bebudak spm
good luck okey
buat yang terbaik
kalau tak sia-sia ja
mak ayah korang bagi sekolah dari umur 5 tahun sampai 17 tahun
kalau korang fikir berapa banyak duit yang mak ayah korang dah keluarkan untuk sekolahkan korang
korang perlu lakukan apa yang boleh bahagiakan mak ayah korang
ingat !! kasih ibu bawa ke syurga , kasih ayah sepanjang masa
so hargailah mereka
bahagiakan mereka dengan keputusan kita
biar mereka menangis sebab kejayaan kita dan bukan sebab kegagalan kita
dalam dunia ni tak ada perkara yang lebih bahagia bagi itah
melainkan melihat mak ayah itah bahagia sebab itah
mungkin selama ni mereka dah cukup perih dengan perangai Amy
but now i'm try do the best and change my self
alhamdulillah Amy berjaya lakukan
dalam dunia ni siapa yang tak pernah buat salah
tak adakan? so sebab tu lah manusia tak pernah sempurna
jadi tak payah nak perasan diri tu sempurna walaupun memiliki paras rupa yang cantik
berharta, pandai dan sebagainya yang seerti lagi
dalam hidup ni kita perlu matlamat untuk apa kita hidup
dan apa tujuan kita nak capai dalam hidup kita
barulah hidup kita akan berjaya
insyaAllah
tapi kalau tak berjaya pun, jangan sedih mungkin kita dah usaha tapi tak ada rezeki
tapi kalau gagal sebab tak usaha
tulah punca utama and dah takboleh nak buat apa
jangan menyerah sebelum berjuang
okeylah, malas nak berceloteh panjang-panjang
so sebelum nak habiskan ayat-ayat
Amy nak ucapkan Selamat Menjawab SPM you all...Good Luck You All
No comments:
Post a Comment