Pages

Monday, December 31, 2012

Good Bye Year 2012 And Happy New Year 2013


Selamat Menyambut Tahun 2013....Happy New Year.....

selamat tinggal 2012..

selamat tinggal kesedihan dan penderitaan.. ><'
hari terakhir untuk 2012.. insyaAllah ianya bukan yg terakhir untuk kita meneruskan kehidupan yg lebih baik & sempurna.. tapi AKHIRnya sebuah kehidupan itu PASTI , kerana kita semakin menghampirinya 2013 :)


2012 dah nak berlepas entah kemana tak lama lagi kan .. 2013 yang akan ganti .. Semoga 2013 berjaya melayan kerenah semua manusia .. Okay .. Amy minta maaf kat semua atas salah silap Amy .. BOHONG kalau Amy tak dak buat salah .. 2013 ni , Amy nak bukak buku baru .. Cukup apa yang dah jadi 2012 ni kan .. Banyak sangat dah .. Seronok , sedih , gila , honaq semua ada .. Menjelang countdown 2013 malam ni , Amy harap ada miracle jadi .. Harap sangat Amy boleh mulakan 2013 dengan something new .. So , semua yang kenal or tak kenal Amy , mohon maafkan Amy .. Tak dak benda lain dah Amy boleh buat except cakap SORRY !! Tu ja kot ..

Biar ia menjadi tahun yang baik drpada tahun 2012...biar ia mnjdi knangan yang lpas...biar tahun 2013 mnjadi tahun yg elok dri tahun 2012....
Selamat datang 2013....


 Okay .. Thanks .. Assalamualaikum :)

Sunday, December 30, 2012

Sekarang Aku Dah Single


adoiyai ada awek pun...awek minta ptus plk....aku x tau nk bt mcm mna nie...nk cri pngnti bkn snang...nk cri yg btol2 phm kite pun ssah....ingin cari teman penganti...sper2 lh yg sudi kt aku nie...

lps2 aku update status kt atas nie...ader seorang perempuan kcau aku kt dlm facebook..lps 2 nk knl2 dgn aku rsa2 nk kwn dgn aku kot....sbb aku kn single x der yg brpunya lagi kn...aku pun lyn lh dia dgn baik...kami pn tlh brkwn smpai lh aku nk kwn dgn dia...teman tapi mesra....mesra mcm mna lu pikir lah sendiri...aku pn minta lh couple dgn dia...dia pun trima aku dgn seadanya...dia pun ikhlas nk couple dgn aku ...bgitu juga dgn aku...x lma lps 2 dia minta aku dgn dia kwn mcm biasa je...aku ingt ianya akan kekal..tetapi aku silap...memang slh aku pun sbb prcaya kn insan yg brnama perempuan nie kan....Susah nak cari lelaki yang menangis kerana seorang perempuan . Tetapi senang nak cari perempuan yang menangis kerana seorang lelaki :)...pyh kan nk cari perempuan yg blh paham kite kan....mengapa jgn ku lps kan setelah hatiku kau tawan...kau hpus kn aku dlm mimpi....Awak tahu kenapa Allah kurniakan rasa kekecewaan? Supaya kita sedar, perasaan tu semua datang dari Allah. Dia nak kita berdoa dengan Dia :')....Terasa mcm org bodoh bila kita selalu rindukan dia dan slalu menangis pasal dia tapi dia sikit pun tak pernah kesah pasal perasaan kita :') nie klau ader citer yg best aku akan update kt dlm blog nie....ok you all thank you...

Wednesday, December 19, 2012

Cinta Sebelum Kahwin Dan Selepas Kahwin

CINTA :
(sebelum kahwin)
C = cubit kiri, kanan rasa.
I = impian indah ibarat syurga.
N = nikah impian utama.
T = taat setia membawa bahagia.
A = awal dan akhir bersama-sama

(selepas kahwin)
C = cuka yang dituang pada luka.
I = iblis yang merosak minda.
N = nafsu semata-mata.
T = tuba yang dibalas semula.
A = api dalam neraka.

Tuesday, December 18, 2012

Cinta Itu Menbosankan

bila bercinta aku bosan. bila tiada cinta aku sunyi.
sekarang aku terasa sangat sunyi.
salah aku sendiri lari dari cinta yang tulus yang telah aku miliki dulu.
aku bukan minta simpati, tetapi disini aku meluahkan rasa dalam hati.
hidup aku macam sudah mati.
apa yang aku sangkakan selama ini ternyata salah.
aku tidak akan dapat membahagiakan seseorang dalam sebuah hubungan yang di panggil cinta.
sekarang aku lemah dalam bercinta.
dan aku akan mudah jemu bila bercinta.
aku memerlukan seseorang yang memahami situasi aku sekarang.
sekarang aku tenggelam dan akan hanyut.
seseorang diperlukan untuk aku timbul kembali.
sekarang aku sedih.
atau aku mungkin belajar untuk hidup tanpa kekasih.
#END

Wednesday, December 12, 2012

Soal Perasaan Diri Sendiri...

1. Ape lh nasib aku ada awek duk bt majuk kat aku plk....nie mesti kes jealous aku duk chat & komen2 kat perempuan....x blh trima lngsg ape yg aku ckp...aku nie jenis teman tpi msra dgn prmpuan adoyai....pi lh mjuk lma2 skit.....

2. adoyaii..aku ckp x suka org yg dok pksa2 aku nie....aku nie bkn mcm bdk2 kecil dh aku dh besar pnjang ikut suka aku lh aku nk bt pa...dan aku x suka org mrh2 aku psl hal2 kecil je...bnda blh slsai kan dan blh dibwa brbncang kan....aku hntr chatting pun x nk blas ssh sngt ke...


Capitol K S

Tuesday, December 11, 2012

Cinta Manusia vs Cinta Agama

1. Cintai lah allah.... kalau dah sempurna.......
2. Belajar la bersungguh2..... kalau rasa dah pandai.... 
3. Tolong la mak ayah... kalau rasa mak ayah dah senang......
4. Jadilah contoh yang terbaik untuk adik2....... 
5. Banyak lagi benda2 yang lebih baik dari kejar cinta perempuan yang tah belum pasti........ 
6. Moga berjaya dalam kehidupan.....

Lelaki Diciptakan Untuk Perempuan & Perempuan Diciptakan Untuk Lelaki

Lelaki dan perempuan diciptakan utk mncintai 1 sma lain....tapi lelaki akan trluka klau dilukai oleh perempuan klau perempuan curang.......begitu juga dgn perempuan tluka klau lelaki curang atau menlukai hati....jgn ingat klau lelaki diam perempuan blh ape saje2...lelaki pun ada juga hati dgn perasaan...jgn lh sesekali lukai hati lelaki....ingat wahai perempuan jgn lukai hati orang yg kamu sayang....

Dapat Insan yang berjaya menbuat hati aku terbuka untuk perempuan

akhirnya pengubat luka aku akhirnya dpt diubatkan.....oleh seorang prmpuan yg tidak elok rupa paras tapi htinya baik utk trima sbgai teman penganti di hti aku yg kosong....tpi prmpuan tu brjya mnbt aku syng kpda nya...aku mnrima sgla kekrgan dia bgi aku dia lh sglanya bgi aku...aku hanya cinta kau seorang saje di hti ku....aku tdk akn mngnl kngnan yg lps yg mnbt aku trluka....kini hanya tinggal kngn bagi ku....kini aku tlh brpnya kini aku hnya syg dia sjer......org yg mnbt aku trluka pun tlh bhgia dgn org yg dia syg....

Jauh Di Mata,

Dekat Di Hati.....

Tanya Sama Hati,

Ada Rasa Cinta....

Monday, December 3, 2012

Risau? Apa yang aku risaukan sangat ni?!





Based on tajuk, ape ni? Kenapa perasaan ni tiba-tiba muncul? Alahaii :'c ! Saya tak nak macam ni! 

Sebenarnyer, saya risaukan keadaan seseorang yang saya sangat sayang.. Walaupun, amy dah PUTUS  dah dengan dia, tetapi, she still my crush. (salah silap saya jugak dan saya menyesal) >.< 

Kenapa saya sangat risau kan dia ni? Saya nak awak tahu, yang saya still lagi sayang awak. Tolong kembali kepada saya, pleasee awak, saya merayu.. Awak, saya rindu gelak ketawa awak, wajah awak dan senyuman awak.. Tolongg... :'c 

Awak, kalau awak baca ni, saya mintak sangat-sangat, awak jaga diri elok-elok kay? Biarlah awak dengan orang lain pun, tetapi, saya just nak tengok awak bahagia, dan, awak jangan risau pasal saya tau? :'D

Sunday, December 2, 2012

‎20 sebab kenapa lelaki tak nak kahwin

1."Duit lum cukup lagi".

Pompuan mana tahu susahnya laki nak kumpul duit nak bayar mas kawin le? hantaran la. Dah tu mas kawin & hantaran tu letak tinggi mengalahkan artis. Cam nak jual anak jer. Kita makan megi jer nak kumpul duit tu bukannya pompuan tau. Megi pun dah nak naik harga!

2. "Nak beli kereta dulu baru nak kahwin".

Takde keta pompuan pun pandang kita sebelah mata jer . Pompuan karang ni mana yang tahan turun naik bas? Jatuh standard kalau naik bas tu.. .

3. " Susah la nak cari yang berkenan dihati".

Memang susah pun. Pompuan sekarang ini ?da duit abangku saying, takde pitis sayangpun abis!

4."Tak datang seru lagi kot".

Awek pun tak de lagi? camana nak kahwin.

5."Banyak sangat halangan".

Banyak sangatla procedure karang ni. Nak kena masuk kursus le. Ujian HIV le. Pastu ada keluarga si dia tak sukakan kita. Nak ajak kawin kat Siam dia tak nak!

6."Belum bersedia la".

Nak pikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga ini amat berat. Pompuan apa tau! Karang ni tanggungjawab terhadap diri sendiri lagi pun belum terlaksana.

7. "Ilmu tak cukup la".

Ilmu batin tu memang la dah cukup sejak dapat ?impi basah? yang pertama tu kita dah expert. Tapi ilmu rumahtangga?oal-soal pompuan belum khatam lagi. Kang rumahtangga huru-hara.. orang salahkan kita gak!

8."Kahwin nanti tentu susah nak kena tanggung keluarga lagi, Kalau dapat isteri yang 2 x 5 je.Kena bimbing pulak lepas tu nak kena tanggung semua dosa isteri, dosa sendiri tak tertanggung nie pulak nak tanggung dosa isteri"

. Berat tanggungjawab ni. Bukan senang yang pikul dosa orang. Dosa sendiri pun tak terpikul.
Kalau dapat isteri yang memahami tu ok gak.

9."Dah mencubalah tapi telah dikecewakan".

Pompuan memang suka mengecewakan lelaki. Pantang nampak laki kaya jer? tak kira ler laki orang ker?.duda orang ker? terus tinggalkan kita.

10."Banyak perkara nak kena fikirkan terlebih dahulu la".

Memang banyak .. Tangungjawab lelaki ni lebih besar. Pompuan semua laki yang tanggung. Belum kawin bapa & saudara lelaki yang tanggung. Dah kawin, suami lak tanggung.

11."Jodoh tak sampai lagi kot".

Dah berusaha tapi asyik kena reject jer. Tah apa yang pompuan dok cari tu !!

12."Perempuan nie peliklah kalau dia suka kat kita tapi tak habih2 nak merajuk dan marah macam kita nie suka sangat" . 

Pompuan ini sikit-sikit majuk. Anak kucing dia ilang sehari pun dia majuk. Macam la kita yang curik anak kucing dia tu. Dah tu nak pujuk kena beli hadiah , bawa jejalan, makan-makan?.abis tu bila duit kita nak cukup untuk kawin!

13. "Dah bagitau dah, nie kita suka dan nie kita tak suka, tapi masih dia buat juga yang kita tak suka".

Pompuan selalu suka buat apa yang kita tak suka. Macam mana kita boleh tahan kalau kawin nanti!!

14."Saya takut la nak bercinta nanti terluka susah la".

Sebenarnya dah memang terluka. Cuma pompuan jer buat tak tau!!

15."Dia nie suka pasang ramai org sangat".

Haah? dia banyak kekawan lelaki. Kita ni duk lam waiting list dia jer.

16. "Dia memang banyak helahlah kejap suka kejap tidak".

Pompuan memang camtu..

17. "Nak carik yang solehah lah".

Dah jumpa tapi dah berpunya?.Takkan nak rampas orang punya kot.

18. "Masalah la".

Pompuan suka menjadikan masalah kecil menjadi besar.

19. "Nak sambung belajarlah awek saya tu ader master atau phd malu la".

Takkan kita yang ada SPM ni jer nak terhengeh awek tu. Siang-siang lagi mak bapa dia dah reject.

20. "Saya suka sangat kat dia, tapi dia tak suka kat saya"

Pompuan suka bermain-main ngan hati lelaki yang suka kat dia.

30 Perkara Perempuan tak Sempat Bagitau Lelaki



 

1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diriwanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akanlakukan apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.

14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

22. Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

27. Senjata wanita adalah airmata!!

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan i! ni dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.

Tentang Perhubungan Dua Insan Yang Terhalang

26/9/2012 ada lah tarikh yg aku dgn dia telah pun ptus.....tpi aku cuba utk brkwn dgn dia tpi aku x blh bhong prsaan aku....sbb aku msih sayang kan dia...wlaupun dia minta putus dgn aku tpi aku trpksa bt plihan utk lps kn dia dri hidup aku...sbb dia yg memaksa aku utk lpsan kan dia...mungkin dia minta putus atas perangai aku sndiri yg bnyak mnbuat hatinya terluka di sbbkan aku juga hbungan aku dgn dia trputus....tpi prngai dia awal2 aku knl dia mmg seorang yg baik hati...penyayang...dh snggup trima aku.....tidak seperti org lain yg memandang hina trhadap aku...tpi mungkin ini silap aku sndri sbb tgk dri paras luaran saja bukan dalaman....sbb aku ada brtnya dgn seorang perempuan yg rapat dgn aku dan aku brtnya tntang perangai org 2 ....tpi aku kata dia 2 baik....kawan rapat aku kata baik lh sangat perangai dia...last2 kena batang hidung aku  sendiri....aku tau dia merana disebabkan aku...tapi kerana orang ketiga aku dgn dia putus hubungan utk selamanya tpi mungkin utk brbrpa tahun atau sebaliknya....kawan aku pun bagi tau dia x suka kat orang ketiga sbb ia mrmpas perempuan yang bakal menjdi milik aku....tapi dia suka dkt org ketiga 2....tpi orang ketiga mrmps dia utk mnblas demdan trhadap aku....aku tidak mampu utk brbuat apa2....tpi hati aku yg terluka masih blum dpt diubatkan org sesiapa sajer....tpi aku hnya ttap menunggu dia sampai dia terima cinta aku yang telus dari hati aku sendiri....tpi aku tentang Hanya Aku Cinta Kau Seorang(H.A.C.K.S)tpi mungkin kan aku dgn dia atas faktor umur yg memisahkan kami berdua....
Ini Adalah Ayat Dia Berikan Kepada Aku 


adq syg kn abg tpi x lbih sowng abg na n abg jgn nk cmburu sngt adq kpel ngan____ tau cer abg sdaq skit abg 2 dah la form 5 adq nie form 1 nnti klw abg dah umq 20-25 adq bwu 18 mcam na kita nk kawin nnti phm klw abg x phm abg bley face to face ngan adq..... no3 angry

Tapi ayat ini yang mnbuat fikiran aku tidak menentu sampai aku belajar dlm Kelas pun apa yang cikgu ajar lansung x masuk dlm fikiran aku....dlm fikiran aku hanya dia seorang yg mmpu mengubah aku kearah erti kehidupan dan kedewasaan....

Masih kah kau ingt ape yg kau tulis kat dlm surat 2....lps SPM kau kata nk bgi jwpn mna dia....kau berikan aku jnji dn hrpan palsu smta2....aku x kn gnggu dh kau...biar ia mnjadi kenangan utk aku bersama kau ingt 2 ape yg aku ktakan nie...sbb kau milik org lain bkn milik aku lagi...slmt tinggal kau yg disygi dan jgn lh brmain dgn prsaan org lain....ingt 2 psan aku utk kau kali yg terakhir....slmt tinggal..........slm ikhlas dri aku sbgai ex-abg kau....aku akan tunggu jwapan dia utk aku....aku harap dia tidak akan lupa janji dia dkt aku.....


Kau Berikan Aku Janji Dan Harapan Palsu Semata2

1.aku maafkan tpi aku hrp bdk 2 tunai kn janji dia kt aku dulu....masih kah kau ingt ape yg kau tulis kat dlm surat 2....lps SPM kau kata nk bgi jwpn mna dia....kau berikan aku jnji dn hrpan palsu smta2....aku x kn gnggu dh kau...biar ia mnjadi kenangan utk aku bersama kau ingt 2 ape yg aku ktakan nie...sbb kau milik org lain bkn milik aku lagi...slmt tinggal kau yg disygi dn jgn lh brmain dgn prsaan org lain....ingt 2 psan aku utk kau kali yg terakhir....slmt tinggal..........slm ikhlas dri aku sbgai ex-abg kau....


2.kepada seorang adik tu, nak aku maafkan dia sebab terUNFRIEND nohh, dh org x nk kwn dgn kita dh..., x kn x blh trima tgran lngsung....aku rasa mcm nk block je adik 2.....

#kalau rajin aku maafkan dia..... =)

yang ikhlas dri luahan hati sendiri....
aku harap kau baca ape yg aku tlis nie...klau kau x baca mungkin kwn2 kau akan bca ape yg aku tulis nie...

Friday, November 23, 2012

~ Cara menjawab telefon paling menyakitkan hati si pemanggil ~

1. Soalan: Haloo, may i speak to bedah please?
Jawapan: Maap. sini bukan balai polis.

2. Soalan: Haloo, siapa disana?
Jawapan: Ntah. saya kat sini, mane le saya tau sape kat sane..

3. Soalan: Haloo, boleh saya bercakap ngan bapak awak?
Jawapan: Nak cakap cakap je ler. buat ape tanye saya.

4. Soalan: Haloo, boleh sambungkan ke nombor 323?
Jawapan: Maap cik, nombor tak boleh disambung, hanye boleh dicampur.

5. Soalan: Haloo, mak ade rumah?
Jawapan: Mak takde rumah. Bapak ade pasal rumah ni bapak yang beli.

6. Soalan: Boleh saya bercakap ngan Siti?
Jawapan: Maap. Nombor yang anda dail tidak mahu memberikan perkhidmatannye… time kacih.

7. Soalan: Haloo, tolong panggilkan Samad. saya nak bercakap dengannye.
Jawapan: Sila panggil sendiri. saya sibuk. maap

8. Soalan: Halloo… …
Jawapan: Haloo. Pusat sakit mental disini. Anda ingin mendaftar?

9. Soalan: Haloo, saya nak tumpang bertanya…
Jawapan: Maap. Ini bukan kaunter pertanyaan.

10. Soalan: Haloo, Betul ke ini nombor 9898607?
Jawapan: Sila dail sekali lagi. kalau saya masih menjawab betul le tu.

11. Soalan: Assalammualaikum…
Jawapan: Waalaikummussalam..(tupp!..terus letak tepon.salam kite wajib jawab)

Thursday, November 22, 2012

makna sebuah cinta


Di sini menerangkan apa itu makna sebuah cinta yang selama ini kita ketahui cinta monyet, cinta buta dan sebagainya. Cinta di sini bermaksud, cinta kepada Allah, isteri, kekasih dan sahabat.


1. Jangan tertarik kepada seseorang karena parasnya, sebab keelokan paras dapat menyesatkan. Jangan pula tertarik kepada kekayaannya karena kekayaan dapat musnah. Tertariklah kepada seseorang yang dapat membuatmu tersenyum, karena hanya senyum yang dapat membuat hari-hari yang gelap menjadi cerah. Semoga kamu menemukan orang seperti itu.

2. Ada saat-saat dalam hidup ketika kamu sangat merindukan seseorang sehingga ingin hati menjemputnya dari alam mimpi dan memeluknya dalam alam nyata. Semoga kamu memimpikan orang seperti itu.

3. Bermimpilah tentang apa yang ingin kamu impikan, pergilah ke tempat-tempat kamu ingin pergi. Jadilah seperti yang kamu inginkan, karena kamu hanya memiliki satu kehidupan dan satu kesempatan untuk melakukan hal-hal yang ingin kamu lakukan.

4. Semoga kamu mendapatkan kebahagiaan yang cukup untuk membuatmu baik hati, cobaan yang cukup untuk membuatmu kuat, kesedihan yang cukup untuk membuatmu manusiawi, pengharapan yang cukup untuk membuatmu bahagia dan uang yang cukup untuk membeli hadiah-hadiah.

5. Ketika satu pintu kebahagiaan tertutup, pintu yang lain dibukakan. Tetapi acap kali kita terpaku terlalu lama pada pintu yang tertutup sehingga tidak melihat pintu lain yang dibukakan bagi kita.

6. Sahabat terbaik adalah dia yang dapat duduk berayun-ayun di beranda bersamamu, tanpa mengucapkan sepatah katapun , dan kemudian kamu meninggalkannya dengan perasaan telah bercakap-cakap lama dengannya.

7. Sungguh benar bahwa kita tidak tahu apa yang kita miliki sampai kita kehilangannya, tetapi sungguh benar pula bahwa kita tidak tahu apa yang belum pernah kita miliki sampai kita mendapatkannya.

8. Pandanglah segala sesuatu dari kacamata oranglain. Apabila hal itu menyakitkan hatimu, sangat mungkin hal itu menyakitkan hari orang lain pula.

9. Kata-kata yang diucapkan sembarangan dapat menyulut perselisihan. Kata-kata yang kejam dapat menghancurkan suatu kehidupan. Kata-kata yang diucapkan pada tempatnya dapat meredakan ketegangan. Kata-kata yang penuh cinta dapat menyembuhkan dan memberkahi.

10. Awal dari cinta adalah membiarkan orang yang kita cintai menjadi dirinya sendiri, dan tidak merubahnya menjadi gambaran yang kita inginkan. Jika tidak, kita hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kita temukan di dalam dia.

11. Orang-orang yang paling berbahagia tidak selalu memiliki hal-hal terbaik, mereka hanya berusaha menjadikan yang terbaik dari setiap hal yang hadir dalam hidupnya.

12. Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dengan beberapa orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterimakasih atas karunia itu.

13. Hanya diperlukan waktu semenit untuk menaksir seseorang, sejam untuk menyukai seseorang dan sehari untuk mencintai seseorang, tetapi diperlukan waktu seumur hidup untuk melupakan seseorang.

14. Kebahagiaan tersedia bagi mereka yang menangis, mereka yang disakiti hatinya, mereka yang mencari dan mereka yang mencoba. Karena hanya mereka itulah yang menghargai pentingnya orang-orang yang pernah hadir dalam hidup mereka.

15. Cinta adalah jika kamu kehilangan rasa, gairah, romantika dan masih tetap perduli padanya.

16. Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat berarti bagimu dan mendapati pada akhirnya bahwa tidak demikian adanya dan kamu harus melepaskannya.

17. Cinta dimulai dengan sebuah senyuman, bertumbuh dengan sebuah ciuman dan berakhir dengan tetesan air mata.

18. Cinta datang kepada mereka yang masih berharap sekalipun pernah dikecewakan, kepada mereka yang masih percaya sekalipun pernah dikhianati, kepada mereka yang masih mencintai sekalipun pernah disakiti hatinya.

19. Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan tidak pernah memiliki keberanian untuk mengutarakan cintamu kepadanya.

20. Masa depan yang cerah selalu tergantung pada masa lalu yang dilupakan. Kamu tidak dapat hidup terus dengan baik jika kamu tidak melupakan kegagalan dan sakit hati di masa lalu.

21. Jangan pernah mengucapkan selamat tinggal jika kami masih mau mencoba, jangan pernah menyerah jika kamu masih merasa sanggup, jangan pernah mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya.

22. Memberikan seluruh cintamu kepada seseorang bukanlah jaminan dia akan membalas cintamu. Jangan mengharapkan balasan cinta, tunggulah sampai cinta berkembang di hatinya, tetapi jika tidak, berbahagialah karena cinta tumbuh di hatimu.

23. Ada hal-hal yang sangat ingin kamu dengar tetapi tidak akan pernah kamu dengar dari orang yang kamu harapkan untuk mengatakannya. Namun demikian, janganlah menulikan telinga untuk mendengar dari orang yang mengatakannya dengan sepenuh hati.

24. Waktu kamu lahir, kamu menangis dan orang-orang di sekelilingmu tersenyum. Jalanilah hidupmu sehingga pada waktu kamu meninggal, kamu tersenyum dan
orang-orang di sekelilingmu menangis.
cinta itu bahagia bukan terseksa

Makna Cinta dari Berbagai Sudut Pandang


Cinta,,siapa yang tak mengenal kata ini…semua anak manusia yang pernah dan hidup di dunia ini pernah mengalami apa yang nama nya cinta, mulai dari yang namanya ‘cinta monyet’ sampai dengan ‘cinta mati’.
Tapi pernah kah terbersik di benak kita, apa yang sebenar nya makna hakiki dari cinta,…?
Banyak orang telah lama mencoba mendefinisikan apa sebenarnya makna cinta, namun sampai saat ini belum ada di temukan definisi yang satu mengenai makna cinta yang sebenarnya. Hal ini disebabkan karena begitu kompleks nya dan beragamnya pandangan orang terhadap cinta ini sendiri sehingga melahirkan makna makna cinta dari berbagai sudut pandang dan perspektif.
Salah satu nya yang pernah saya baca ‘The Meaning of Love’ tulisan C. armishaw yang mencoba menggambarkan makna cinta sebagai sesuatu yang tak bersyarat,
kebanyakan orang yang mengaku bahwa dia mencintai seseorang sebenarnya tidak benar benar mencintai, karena mereka tidak mengerti apa sebenarnya cinta itu..
mencintai seseorang harus tanpa syarat maksudnya kau mencintai seseorang bagaimana adanya, bagaimana dia sebelum nya dan bagaimana dia nanti di masa akan datang – karena orang pasti berubah seiring berjalan nya waktu, tapi jika kau mencintai orang tersebut, kau akan mencintainya bahkan ketika mereka menjadi sesuatu yang kau tak ingin kan
Kemudian dalam tulisan artikel yang lain hasil survey anak anak berumur 4 sampai 8 tahun yang bercerita tentang cinta…
“Cinta adalah perasaan pertama yang kau rasa sebelum semua hal buruk terjadi”
“Cinta adalah ketika nenek ku mendapat arthritis, sehingga tidak mampu lagi bungkuk menjangkau jari kaki nya dengan tangan, jadi kakek ku melakukan nya untuk nenek bahkan ketika tangan nya mendapat arthritis juga. Itu lah cinta!”
“ketika seseorang mencintai mu, cara dia menyebut nama mu terasa berbeda. Nama mu terasa tenteram di sebut nya”
“cinta adalah ketika seseorang gadis memakai parfum dan seorang laki laki memakai cologne dan mereka keluar bersama dan saling menciumi satu sama lain”
“cinta adalah ketika kau keluar untuk makan dan memberikan seseorang french fries terbaik yang kau punya tanpa mengharapkan dia akan memberikan yang dia punya”
“cinta adalah ketika seseorang menyakiti mu, dan kau merasa sangat marah tapi kau tidak berteriak kepada nya karena kau tahu itu akan menyakiti hati nya”
“cinta adalah apa yang membuat mu tersenyum ketika kau merasa lelah”
“cinta adalah pelukan. Cinta adalah ciuman”
“jika kau ingin belajar untuk mencintai lebih baik, kau seharusnya mulai dari teman mu yang kau benci”
“ketika kau mengatakan pada seseorang sesuatu hal yang buruk tentang diri mu dan kau takut dia tidak akan mencintai mu lagi, tapi kemudian kau mendapat kejutan karena bukan hanya dia masih mencintai mu, dia bahkan makin mencintai mu”
“cinta adalah ketika kau mengatakan pada seorang lelaki bahwa kau suka bajunya, kemudian dia memakai nya setiap hari”
“jika kau ingin seseorang mencintai mu, jadi lah diri mu sendiri. Beberapa orang mencoba untuk meniru orang lain, dan ada lelaki menyukai nya. Aku pikir si lelaki bukan lah orang yang baik jika ia melakukan hal ini kepada mu dan kau seharusnya mencari lelaki lain yang lebih baik”
“kau tidak sungguh sungguh berkata ‘aku mencintai mu’ kecuali kau memaksudkan nya, tapi jika kau memaksudkan nya, kau seharusnya mengatakannya berulang kali”
Makna makna cinta di atas hanya sebagian kecil contoh dari begitu banyak nya makna cinta, karena kalau di tulis semua tak akan cukup waktu untuk menuliskan nya,,,
Bayangkan setiap manusia punya makna cinta sendiri,, jadi kalau penduduk Indonesia yang jumlahnya sekarang 200 juta jiwa maka makna cinta yang ada pun akan sebanyak itu pula..
Cinta,,memang sesuatu yang kompleks, mudah di sebutkan tapi sangat sulit untuk di makna i, meskipun harus memakan waktu sampai bertahun tahun bahkan berpuluh tahun untuk mengungkap makna sebenarnya dari cinta itu sendiri.
Mungkin ini lah yang orang orang sering sebut ‘Misteri Cinta’ dan hanya TUHAN la yang mampu menjawabnya..

belajar dulu baru bercinta


Belajar dulu baru bercinta ... Tidak perlu cinta berkenalan sudah cukup. Ikut cara Islam, Insya-Allah, selamat. Yang ada sebelum kahwin ialah berkenalan/ Ta'aruf bukan bercinta. Sebab bercinta selepas berkahwin lebih istimewa .... renungkan2 lh dan Fikirkan! Selamat berjaya semua ♥

Tuesday, November 20, 2012

Pantun Agama


Hayatilah:


Sungguh indah pintu dipahat
Burung puyuh di atas dahan
Kalau hidup hendak selamat
Taat selalu perintah Tuhan

Halia ini tanam-tanaman
Ke barat juga akan rebahnya
Dunia ini pinjam-pinjaman
Ke akhirat juga akan sudahnya

Redup bulan nampak nak hujan
Pasang pelita sampai berjelaga
Hidup mati di tangan Tuhan
Tiada siapa dapat menduga

Belatuk di atas dahan
Terbang pergi ke lain pokok
Hidup mati ditangan Tuhan
Kepada Allah kita bermohon

Selamatkan Masjid Al-Aqsa :: dunia bakal Kiamat jika masjid hadapi keruntuhan!


bismillahhirrahmanirrahim ..
assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh ..


Setelah 61 tahun berlalu, Palestin masih lagi menangis. Hari ini Palestin menyaksikan pertempuran yang mengakibatkan beribu-ribu nyawa yang tidak berdosa gugur syahid di tangan tentera Zionis yang tidak menghargai nyawa orang lain. Anak-anak yatim Palestin dan para balu menangis kerana kematian bapa dan suami yang berjuang mempertahankan walau seinci bumi yang dimiliki daripada terus dijajah oleh Yahudi laknatullah.

Hari ini, rakyat Palestin menderita akibat sifat kebinatangan rakus yang ditunjukkan oleh negara Israel dan sekutu-kutunya. Hak umat Palestin dinafikan dan kebatilan ditegakkan dengan kekerasan. 

Palestin telah melalui sejarah yang panjang dalam tamadun manusia dan menjadi rebutan kepada 3 agama. Namun demikian Palestin mempunyai kedudukan yang istimewa di dalam hati setiap muslim sejak zaman berzaman. Keistimewaan Palestin yang terdapat di dalamnya Masjid al-Aqsa seperti yang terdapat di dalam al-Quran, al-Hadis dan sejarah ialah:

1. Sebagai qiblat pertama umat Islam
2. Masjid kedua yang dibina di atas muka bumi selepas 40 tahun pembinaan Masjidil Maram, Mekah (Ka’abah).
3. Masjid ketiga paling suci selepas Masjidil Haram dan Masjid an-Nabawi.
4. Tempat berlakunya Isra’ dan Mikraj
5. Bumi para nabi dan rasul
6. Negeri perjuangan yang menyaksikan ribuan darah syuhada’ yang gugur memperjuangkan dan membebaskan Masjid al-Aqsa.
7. Harta waqaf umat Islam sehingga hari kiamat.


Kezaliman yang dilakukan oleh rejim Zionis yang bermula pada tahun 1948 setelah terbinanya negara haram Israel telah menyaksikan isu-isu kemanusiaan sering ditimbulkan dan mendapat prihatin masyarakat dunia. Apa yang sebenarnya berlaku di Palestin bukanlah isu-isu kemanusiaan semata-mata tetapi lebih daripada itu. Ia melibatkan isu akidah umat Islam, tanah air, maruah dan peradaban.

Sesungguhnya bumi Palestin yang terdapat di dalamnya kiblat pertama umat Islam adalah watan yang perlu dipertahankan oleh umat Islam seluruh dunia. Apatah lagi Masjid al-Aqsa yang merupakan persinggahan Rasulullah s.a.w sebelum di"Mi'raj"kan ke langit sekarang ini terancam dengan apa yang dilakukan oleh Yahudi laknatullah terhadap masjid yang mulia ini.


Firman Allah yang bermaksud: “Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang Kami berkati sekelilingnya untuk Kami perlihatkan kepadanya ayat-ayat Kami, sesungguhnya Dialah Allah Yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat.” [Al-Isra (17): 1]


Yahudi berusaha untuk meruntuhkan Masjid al-Aqsa bermula dengan siri pengebomannya terhadap masjid suci yang ketiga umat Islam pada 1 Mei 1980 setelah mereka berusaha memusnahkannya dengan membakarnya pada tahun 1969.


Hari ini usaha meruntuhkan Masjid al-Aqsa giat dijalankan dengan membina terowong-terowong di bawah Masjid al-Aqsa supaya masjid ini runtuh dan didirikan di atasnya Haikal Sulaiman (kuil Yahudi) yang merupakan di antara matlamat mereka untuk menguasai Masjid al-Aqsa. Kini Masjid al-Aqsa dalam keadaan merbahaya. Zionis Yahudi berusaha memastikan doktrin-doktrin Talmud, kitab yang menyeleweng yang mereka yakini dapat direalisasikan.



Pencerobohan dan kemusnahan yang dialami oleh rakyat Palestin, bukanlah isu politik semata-mata, tetapi lebih daripada itu. Ia merupakan isu agama, isu peradaban dan tanah air yang perlu diselesaikan juga dengan kesatuan agama Islam. Islam amat menghendaki umatnya bersatu menentang musuh tanpa mengenal sempadan dan warna kulit.

Firman Allah yang bermaksud: “Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.” [Al-Hujurat (49): 10]


Apa yang memeritkan, tatkala masyarakat Islam seluruh dunia bangun memprotes apa yang dilakukan oleh rejim zionis terhadap rakyat Palestin, pemimpin negara-negara Arab seolah-olah merestui apa yang dilakukan oleh rejim Zionis yang disokong oleh kuasa besar Amerika Syarikat dan Britain untuk melakukan apa sahaja kepada saudara seakidah mereka. Di saat umat Islam di negara ini berusaha membantu kesengsaraan dan penderitaan rakyat Palestin ada di kalangan negara-negara Arab merestui apa yang dilakukan oleh rejim Zionis dan sekutu kuatnya Amerika Syarikat.


Di manakah maruah umat Islam? Inilah di antara bahana dan kesannya apabila umat Islam terlalu bergantung dengan kuasa-kuasa besar dan bukannya kepada Allah s.w.t.


Sikap ini perlu dibebaskan daripada jiwa kita dan kita wajib membantu rakyat Palestin dengan apa jua cara tindakan, yang bermula dengan doa kita kepada Allah sehinggalah kepada tekanan-tekanan yang boleh menyebabkan Yahudi dihalau keluar daripada negara yang dijajah oleh mereka.



Masjid al-Aqsa dikepung dan tiada umat Islam di bawah umur 45 tahun dibenarkan bersolat di dalamnya. Selain daripada itu kezaliman dan penindasan rakus menggunakan senjata-senjata yang dimiliki dengan melalui saluran undang-undang. Mahkamah Tinggi Israel mengisytiharkan keizinan untuk orang Yahudi bersembahyang di Masjid al-Aqsa dan fatwa terbaru yang dikeluarkan oleh paderi mereka ialah ”hendaklah membawa kitab Talmud 3 kali seminggu di dalam Masjid al-Aqsa”.

Pencerobohan terbaru ke atas Masjid Al-Aqsa Al-Mubarak oleh puak ekstremis Yahudi di bawah pengawasan tentera Israel berlaku pada hari Ahad 4 Oktober 2009 yang lepas. Pencerobohan itu, yang dilakukan tepat selepas 9 tahun Ariel Sharon melaksanakan tindakan memalukan yang sama, berlaku pada perayaan Yahudi ‘Yom Kippur’. Tindakan mereka ini telah menyebabkan 16 orang rakyat Palestin dimasukkan ke hospital dan 9 lagi dipenjarakan. Masjid Al-Aqsa Al-Mubarak adalah tempat suci dan ianya sangat tidak boleh diterima apabila tentera Israel bersama penduduknya dibenarkan untuk melakukan jenayah yang kejam terhadap rakyat Palestin, komuniti Muslim dan masjid sucinya.


Umat Islam wajib mengetahui perkara ini dan sememangnya sikap Yahudi ini merupakan penerusan terhadap apa yang diputuskan sebelum ini seperti arahan daripada Perdana Menteri Israel iaitu Ehud Barak untuk menjadikan Musolla Marwan yang terdapat di dalam al-Aqsa menjadi tempat ibadah khusus untuk orang Yahudi pada 3 Oktober 1999.


Malangnya umat Islam masih leka dan terus menyokong bantuan-bantuan yang telah diberikan kepada Israel melalui pembelian barangan makanan, mahupun perkhidmatan yang secara jelas kutipannya diberikan kepada negara Israel. Di manakah maruah umat Islam?

Sesungguhnya kekejaman Zionis pasti akan berulang dan terus berulang tanpa mengenal siapa yang menjadi sasaran.

Protokol Zionis yang ditetapkan oleh mereka nampaknya telah memberi kesan dan pengaruh kepada kehidupan umat Islam. Umat Islam seolah-olah hanyut dengan kemewahan dan budaya hedonisme gila yang akhirnya mereka lupa dengan apa yang berlaku terhadap saudara-mara seakidah mereka. Tusukan tajam jarum-jarum Zionis melalui hiburan, telah menyebabkan pegangan akidah umat Islam semakin longgar. Justeru itu perasaan ukhuwwah perlu disemai dan dibaja semula dengan iman dan Islam, agar apa yang berlaku di Palestin dirasai bersama sehingga menghasilkan tindakan-tindakan yang sesuai sebagai seorang muslim.

Di saat ini masjid-masjid di Palestin telah ditukarkan menjadi kuil Yahudi, kelab malam, panggung wayang dan kandang-kandang lembu. Di saat ini khususnya di Semenanjung Gaza, umat Islam Palestin dikepung dan tiada jalan keluar dan masuk untuk bantuan tiba. Di saat ini, ramai kanak-kanak Palestin syahid disebabkan kehabisan bekalan ubat untuk merawat kecederaan yang dialami. Di saat ini umat Islam Palestin menanggung sengsara yang tidak terhingga dan tidak terkata, malah menjadi buntu kepada siapakah pertolongan mahu dipinta. Persoalan yang selalu berlegar di dalam pemikiran mereka “Kenapakah masyarakat antarabangsa mendiamkan diri sedang kami di sini diancam oleh Zionis saban hari. Di manakah umat Islam?”

Jika dahulu semasa kegemilangan Islam, dan khalifah adil memerintah, jika seinci bumi Islam diceroboh, maka akan dihantar bala tentera Islam untuk mempertahankan dan merampas kembali. Namun kini semuanya itu hanya tinggal kenangan. Walau bagaimanapun, nostalgia kegemilangan ini perlu dibangkitkan dan disegarkan semula agar seluruh umat Islam menyedari bahawa kekuatan sedemikian perlu diwujudkan kembali agar kezaliman yang dialami umat Islam mendapat pembelaan yang secukupnya.

Bumi Palestin dinodai. Umat Islam Palestin dinafikan haknya. Rakyat Palestin menangis kesedihan kerana mereka yang serba kekurangan dari semua sudut, berlawan bersendirian dengan rejim Zionis yang mendapat sokongan dan dokongan dari dunia Barat yang diketuai Amerika Syarikat. Umat Islam Palestin menangis, di saat mereka bergelumang dengan darah dan nyawa mereka, rejim Zionis dengan kekuatan persenjataan yang mereka miliki sedikit demi sedikit meratah nyawa mereka tanpa mengenal siapa.

Umat Islam perlu menyedari hakikat ini! Apalah yang hendak diharapkan daripada musuh-musuh Islam bagi mempertahankan dunia Islam sendiri.

Umat Islam wajib bersatu berganding bahu tanpa membuang masa dan waktu, bangun mempertahankan Baitul Maqdis yang satu. Islam adalah teras kepada kesedaran ini dan bukannya hanya semangat yang ditiup oleh kepentingan individu.

Jika sekiranya bangsa Yahudi dimotivasikan oleh kitab Talmud mereka, umat Islam mesti dimotivasikan dan dibangunkan jiwanya dengan kitab suci al-Quran. Itulah cara dan jalan terbaik bagi memastikan umat Islam terbela dan mendapat haknya dan tidak lagi diperkotak-katikkan oleh musuh-musuh Islam. Sesungguhnya kemenangan Islam itu memang pasti akan berlaku, maka beruntunglah bagi mereka yang berusaha untuk mengembalikan semula kegemilangan Islam yang pernah dikecapi sebelum ini. Islam pasti memerintah semula dunia ini dengan keadilan syariat dan berbahagialah mereka yang bekerja dan berusaha memastikan kegemilangan Islam di muka bumi ini.

Hati kita dengan umat Islam di Palestin adalah terikat dengan ikatan akidah yang satu. Perjuangan rakyat Palestin dengan nyawa dan darah mereka adalah fardhu ain dan kefarduan jihad telah dilaksanakan oleh mereka. Jika sekiranya umat Islam Palestin berjihad menggunakan senjata dan ia merupakan fardhu ain ke atas mereka. Maka kefarduan tersebut diganti dengan jihad kewangan dan sokongan moral kepada kita bagi membantu rakyat Palestin. Tidakkah ini satu perjanjian dan satu pertukaran yang menguntungkan kepada umat Islam di negara kita. Sesungguhnya bantuan kewangan bagi memenuhi keperluan umat Islam Palestin wajib ke atas kita semua.

Ya Allah, selamatkanlah kiblat pertama umat Islam ini daripada terus dijajah dan dikuasai oleh bangsa yang jelas melakukan kerosakan di atas muka bumi ini. Selamatkanlah tempat Isra’ RasulMu itu daripada terus diceroboh dan diroboh oleh bangsa yang beranggapan bahawa mereka adalah umat pilihan Tuhan.

Ya Allah ya Aziz ya Muntaqim, satukanlah hati-hati umat Islam dengan ikatan akidah yang satu demi mempertahankan tanah suci Baitul Maqdis. Berikanlah kepada kami kemenangan yang hakiki dan seterusnya memperoleh kejayaan abadi di akhirat nanti. Lembutkanlah hati-hati kami untuk sentiasa menghulurkan pertolongan dan bantuan kepada saudara kami di Palestin dan jadikanlah kehidupan kami sebagai secebis perjuangan untuk membebaskan bumi yang tercinta Palestin.

Firman Allah yang bermaksud: “Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang Kami berkati sekelilingnya untuk Kami perlihatkan kepadanya ayat-ayat Kami, sesungguhnya Dialah Allah Yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat.” [Al-Isra (17): 1]