Pages

Tuesday, October 1, 2013

Kisah CINTA di PLKN





 Sebut je pasal CINTA PLKN  mesti ramai bekas-bekas pelatih plkn tahu sangat dengan cinta kontrak,iatu bercinta hanya kat dalam kem walaupun dyerang dah ada bf or gf kat luar..Emm tapi berbeza dengan aku..Cinta plkn aku tak ada perkataan kontrak.Mula-mula aku masuk plkn aku memang dah berniat tak kan terjebak dengan cinta kontrak tu sebab aku tak nak disakiti buat kali kedua..Bila dah hampir sebulan aku still tak boleh nak rapat dengan mana-mana perempuan walaupun lain kompeni tapi cuma dengan Atirah Adila je aku rasa selesa untuk rapat dengan dye walaupun kterang selalu gaduh2..tapi gaduh manja2 je la.hehe..Emm dalam diam2 aku dapat tahu daripada Atirah yang ada sorang mamat nak ushar dia.Time 2 aku tak tahu nape aku rasa biasa je..Maybe sebab hati ni dah tertutup nak terima orang lain lepas dikecewakan first love aku masa zaman skola..



Dalam beberapa hari tu dengan tak disangka2 aku tiba2 jadi suka berkawan dengan minat tu sejak aku satu kumpulan dengan dye kat dalam kelas CB.Maybe sebab aku terpikat dengan senyuman dye..hehe.Bila dah lama berkawan dengan dye and dye pun mula luahkan perasaan dye kat aku..Time tu aku rasa happy tapi pada masa yang sama rasa takut untuk jatuh cinta lagi begitu juga dengan dia..hee..Aku dengan dye tiba2 jadi terlalu rapat tanpa ada hubungan pape..Just sebagai kawan.Kat dalam kem aku dengan dye digelar '3P'(pasangan paling popular)..Sampai cikgu dengan jurulatih pun tahu pasal kterang..huh malu sebab selalu kene pangkah dengan cikgu2 kat situ..Tapi aku tak kisah pun sebab aku tahu dyerang just nak menguji aku..haha.





hari demi hari, saya mesej-mesej dengan awak tiba-tiba kita dalam keadaan yang serius! saya tanya awak ada suka sesiapa ke dalam kem ni. awak cakap ya.. haihhh, sayu hati saya dengar :') dan awak kata orang tu ialah saya. ALLAH.. terperanjat dan makin bertambah sayu.. masa tu saya fikir awak, saya dan kawan saya.. kalaulah kawan saya tahu, mahu meletup bumi ni :) tapi saya tetapkan untuk jadi sahabat awak. teman tapi mesra :) 
Minah tu memang seorang yang pendiam sampai ramai budak lelaki kat dalam kem jelez dengan aku..hehe.Dye baik sangat and selalu ambil berat pasal aku.Tiap2 hari aku datang jumpa dia and aku bagi  something..Kalau sehari dye tak nampak muka aku confirm dye akan risau sebab takut jadi pape kat aku. sampai time aku tak sihat kat kem dye memang risau giler2 kat aku..Terharu aku tengok dye yang terlalu baik and terlalu ambik berat pasal aku..Time 2 aku rasa bahagia giler sebab dapat kenal dengan dye..
tapi awak cakap "awak jangan anggap saya macam musuh yer.. layan saya macam biasa..," awak, masa tu dalam hati saya memang nak layan awak macam biasa.. kita mesej dan cerita hati ke hati.. lama sangat sampai pukul 12pagi kalau tak silap. lepas tu kita tidur. pukul 5pagi awak dah kejut saya suruh bangun.. comel awak ni. hehe.. hari tu hari Jumaat. saya ingat lagi.. awak tanya saya mandi ke x? saya kata ye. dan awak pun mengaku yang awak dh mandi. rupa-rupanya ada wira yang x mandi pagi hari tu. mandi ke x saya tak pasti.. err? hehe

kebetulan hari tu saya duty, jadi saya dah lama dekat surau. sebab kejutkan wirawati-wirawati dekat kem tu. hehe.. awak pulak kata yang awak on the way nak ke surau. senyap-senyap saya intai awak dari dalam surau sebab nak tengok awak ambil wudhu' tapi awak perasannnn! hihi.. malunya saya masa tu ALLAH jer yang tahu. 

banyak aktiviti kita buat bersama-sama dalam kem PLKN tu..
muka pertama yang saya cari pada pagi yang masih gelap itu, muka awak.. bila saya nampak muka awak, saya tersenyum.... tidur pun saya tengok gambar. bila saya rindu, saya cium gambr awak. saya curahkan isi hati saya pada awak dekat gambar tu.. awak pun senyummm jer tengok  gambar awak di telefon saya. ianya touchscreen,telefon touchscreen kan :) 

sebelum  hari Jumaat itu ada majlis di kem PLKN. ..malam tu pula, tepat jam 12:00 malam, hari Jumaat, 21 Jun 2013. awak dengan saya disatukan hati.. gembira tak terkata saya masa tu.. terima kasih awak..

  semua beratur untuk majlis bersalam-salaman.. saya salam kawan-kawan saya. mata saya tak lari daripada memandang awak. saya nampak awak menangis dulu masa tu.. sayu hati ni awak, saya kalau boleh tak nak semua ini berlaku.. saya nak kita di PLKN semula.. sentiasa di PLKN tanpa ada benda lain yang dapat memecahkan tembok imaginasi kita bersama-sama PLKN. selepas majlis tu, saya terus jumpa awak. seperti yang dijanjikan, dengan berat hati saya tinggalkan cincin yang bagi kata awak di jari tangan awk. saya berikan pada awak.. berattttt hati saya masa tu. awak tanya saya "saya bagi awak cincin ni, nak tak?..," tapi awk menolak. cincin tu terlalu bernilai. awak tak mahu.. sampai saat ni saya ingat bentuk cincin itu, warna apa dan segala-galanya tentang cincin tu..

banyak kali awak tanya saya, saya tetap cakap tak nak cincin tu. cincin tu milik awak. bukan saya tak suka, saya sayang cincin tu. selepas itu, saya perlu ke bilik pakaian. pakaian-pakaian yang dilarang untuk dibawa balik, terpaksa saya pulangkan dengan berat hati.. saya senyum pada awak sebab saya rasa itu kali terakhir saya jumpa awak. rupa-rupanya tak! awak ada dekat bilik pakaian tu, saya ingatkan awak kena pulangkan lambat pakaian awak sebab awak balik daj

di situlah, kita bergambar bersama, awak bluetooth gambar awak pada saya. saya pun sama. muka masing-masing sedih sangat sebab lagi beberapa jam saya akan balik. kita berbual panjangggg! bila sampai DM, saya nak balik dorm sebab nak kemas sikit lagi barang saya.. awak macam tak bagi saya balik dorm. bila saya jalan, awak panggil. bila saya jalan lagi, awak panggil tanya macam mana nak letak cincin kat jari awak tu. haha. lawak la awak ni :) saya tanya awak "awak ni macam tak bagi saya balik dorm jer?," 

awak cakap "memang..," "saya nak awak di sini dengan saya..," ALLAH, lagi cair hati saya. saya tak fikir apa-apa dah. hanya awak, awak dan awak :) tapi akhirnya saya balik juga dorm..dah jauh sikit saya jalan. awak lang nama saya.. awak cakap "I LOVE YOU" pada saya dari jauh dengan bahasa isyarat. awakkkk, melting saya masa tuh. saya senyum malu, dan perlahan-lahan balas pada awak :) 

lepas Subuh, saya jalan perlahan-lahan dengan lemah untuk balik dorm. saya kena bawa barang-barang saya turun ke pejabat. lagi satu jam saya akan balik.. kebetulan saya terserempak dengan awak lagiiii, saya tak lepaskan peluang. kita bergambar lagi. saya cakap di sisi awak "awak, saya dah nak balik. saya nak ada kat sini dengan awak..," awak senyum hambar.. "nak buat macam mana, takdir sayang..," sayang?? awak, lagi sekali awak buat saya terperanjat dengan panggilan tu. 

awak suruh kawan awak balik dorm dulu lepas kita bergambar. saya pandang awak, awak pandang saya. awak, saya memang tak nak lepaskan awak apatah lagi nak jauh dari awak.. lama juga kita macam tu sampai awak kata awak nak balik . nak siap-siap sebab awak balik dengan waris tpi saya balik awal dripda awak. saya pun lagi setengah jam nak balik. awak jalan dengan lemah, dan mana datangnya perasaan saya untuk tarik lengan awak. maaf, saya tak sengaja.. saya terus ucap I Love You betul-betul di hadapan masa awak. mata awak nampak merah! saya tahu awak tahan tangisan awak.. 

awak balas lembut "I Love You Too..," awak cubit hidung saya. awak cakap "janji dengan saya, jangan nakal-nakal. jangan lupakan kenangan kita dekat sini..," saya angguk-angguk jerr. awak hulur jari kelingking awak dekat saya dan awak cakap "janji..?," saya tersenyum dan saya sambut jari kelingking awak. ALLAH, sungguh sayu hati saya ketika itu.. awak pun berlalu pergi, saya perhatikan langkah awak berlalu dengan hati yang berat..

saya balik dorm dan cari buku PLKN saya yang ada tulisan awak. waktu Subuh pada hari saya nak balik. ada budak beri buku tu pada saya dari awak. saya ingat, saya beri awak buku tu untuk tulis apa yang awak nak.. sampai surau saya terus baca. menangis-nangis saya baca isi kandungannya. dan dalam dorm lepas itu pun, saya menangis sekali lagi membaca isi kandungan buku itu.. saya cintakan awak, sungguh.

saya bawa barang-barang saya ke pejabat. saya cari kelibat awak masa tu sebab saya tahu waktu ini awak perlu ada di situ juga untuk berbaris untuk balik. dannn, saya nampak awak. hati saya seperti di cucuk-cucuk. hati saya meronta-ronta tak nak balik. saya nak di samping awak.. saya tunggu jer dekat situ sampai awak lalu depan saya dalam keadaan berbaris. awak senyum dan buat muka yang saya sangat suka. muka muncung! hehe.. lepas tu awak terus tunduk. saya sibuk cakap "jaga diri..," tapi awak tak endahkan. awak sedih, saya tahu..

kawan-kawan awak semua bising suruh saya jaga diri. lawak la mereka :P dan saya suruh informer kita jagakan awak. dia dengan bangga cakap "baik!..," haha, comel mereka semua.. saya balik, dan sebelum saya melangkah keluar daripada kem, saya sempat pandang bukit untuk ke padang kawad. saya rasa nak berlari naik atas dan beritahu awak yang saya nak balik. tapi mustahil, berat hati saya berjalan keluar dari kem. sebelum saya balik saya cakap "selamat tinggal kem PLKN!!!," mak saya geleng-gelengkan kepala jer. hehe..

bila balik rumah, kita tetap contact. apa yang buat saya makin sayangkan awak, awak tak pulangkan telefon awak pun sebab saya. awak tak nak lepas dari mesej dengan saya.. awak, saya rindu awak walaupun tak sampai sehari kita berpisah.. kita terus-terusan berhubung.. sampailah awak dah keluar dari PLKN beberapa hari kemudian. dan pada hari saya jumpa awak semula dekat dengan rumah awk. walaupun saya berkerja balik slpas dripda plkn.. kita tetap berhubung. rakan bilik saya pun kenal awak. hari-hari saya cerita pasal awak dekat mereka. mereka pun sangat mengenali hati budi awak :)




seminggu berlalu, tiba-tiba saya kata nak datang jumpa.Awk terperanjat  bercampur gembira. semangat saya tunggu awak hujung minggu tu.. tapi saya tak dapat cuto sebab kerja saya banyak. saya byk bergrau dengan awk dan saya rjin usik awk...saya risau teramat saya masa tu. saya buka cerita, saya siap buat solat sunat hajat supaya ALLAH selamatkan perjalanan pergi dan balik awak :') bila awak mesej yang awak dah selamat sampai, bersyukur tak terkata sayang :')

itulah kali terakhir kita berjumpa dalam keadaan yang sedang hangat bercinta.. hari demi hari sampailah suatu hari, awak jarang mesej saya. saya pelik sikit sampailah saya tahu awak keluar dengan buah hati awak. robeknya hati saya masa tu ALLAH jer yang tahu.. saya tahu saya yang kedua tapi awak tak beritahu saya pun. awak, saya sedih sangat masa tu. awak, saya call dan mesej awak tak balas-balas. seminggu! dan cukup seminggu, saya cuba untuk slow down-kan hati saya.. sebab saya busy minggu tu dan paused kan dulu pasal kita. 

dan saya datang pada waktu yang tak tepat, saya terus cakap nak berkawan dengan awak.. awak tunggu saya cuti  untuk jumpa awak dan selesaikan semua.. sampai saya cuti , saya nak jumpa mak abah awak...saya ajak awak keluar dan kita berbual hati ke hati. ternyata saya lambat.. saya masih sayangkan awak, tapi awak kata awak nak putus dengan.. sebab mak abah awak x bgi kiter kwan.. awak cuba pertahankan saya untuk awak tapi, awak dah tetapkan yang awak putus dengan  saya. awak kata saya tak layak untuk awak. ada lelaki lain yang lebih sesuai untuk saya. awak, awak sedar tak apa yang awak cakap?

hancurnya hati saya masa tu, walaupun saya cakap "awak cakap macam ni bukan nak hancur kan hati saya, tak! awak nak saya pandang ke hadapan. Yang Atas tu yang merancang segalanya..," saya tunduk. air mata saya bertakung. tapi saya kuat! saya perlu kuat dan akhirnya kita ambil kata putus, awak tak dapat pertahankan saya. awak kalah. awak nak  putus dengaa saya dan saya kembali berdiri sendiri.. tanpa ada mana-mana perempuan di samping saya..

sampai lah kterang tamat latihan saya still berhubungan dengan awak..Kterang makin lama makin mesra and awak selalu janji dengan saya akan setia dengan saya sampai akhir hayat awak..Awaj selalu gak berjanji dengan saya yang awak akan cuba untuk jadi perempuan yang baik and janji Awak tak akan mudah berpaling pada yang lain..Saya simpan semua janji2 awak..Time ngah hangat bercinta,saya dengan awak selalu bertukar2 barang..saya ada bagi bear kat awak and awak dengan aku namakan bear tu Baby On..hehe konon nak sweet..haha..Baby On la pengikat kasih antara saya dengan awak..cehh..hehehhe..Tapi kadang2 saya takut kalau suatu hari nanti saya akan kehilangan awak..

awak..
kata-kata terakhir saya, semoga awak bahagia di samping dia. kita kekal sahabat hingga ke syurga. In Shaa ALLAH. selagi termampu, saya tunggu awak kembali pada saya. doa saya agar awak dijodohkan untuk saya jika itu yang terbaik. mungkin sekarang ALLAH pisahkan kita kerana Dia nak memberi jalan cerita yang baru antara kita di masa hadapan. In Shaa ALLAH, diharapkan begitulah.. sayang dan cinta saya untuk awak, In Shaa ALLAH sampai mana saya mampu. saya cuba untuk kekalkan cinta saya untuk awak.. ingat, PLKN tempat kita mulakan segala-
galanya.. dan kerana PLKN kita bersatu. 






                      







  "ALLAH memberi apa yang kita PERLU, BUKAN apa yang kita MAHU"
*****

sahabat, tabahlah. ALLAH sentiasa di sisi anda. jangan biarkan hati hancur kerana kaum Hawa.. Kuatlah wahai hati sahabatku! :) apa-apa pun, kisah anda ni sangat sesuai dengan lagu Hafiz - Bahagiamu Deritaku. tapi jangan begitu, bahagia dia, bahagia anda juga! good luck kawan ^__^

Kini Hanya Tinggal Kenangan Untuk ku