Penting kah?
Kadang2 aku rasa mcm penting jugak. Kadang2 mcm leceh. Kadang2 mcm terdesak... Urgh! Pelik.
Kalau masuk bab kapel tu, toksah cerita la, mmg berlambak budak2 berkapel. Bila tgk balik, aku selalu pikir, "mcm mana la diorang start kapel?". Huh! Mcm2 prsoalan blh timbul bila ikut kepala aku.
Susah ka berkapel ni? Aku tak tau, sbb aku tak penah serius bila terjebak dengan bab alah ni. Selalunya aku main suka2 gitu ja kat pompuan. Penah la jugak trai, tapi sekerat jalan saja sbb gurl tu membosankan. Hahaha! Dah mcm playboy pulak aku ni. Bila dia mmbosankan, aku trai yg lain pulak.. Aku je la yg syok sniri, aku tak tau la feeling gurl tu mcm mn. Tapi aku tak la buat smpai dia betol2 suka kat aku, bahaya tu !!!
Mengikut pendapat aku yg tak pakar ni, feeling cinta tu penting bagi sesetengah orang, kat sini aku nk kecikkan skop kpd cinta antara laki dan pompuan ja, tak mau luas2, nnt payah. Bila someone tu dh start jatuh cinta, perangai dia mmg akan berubah, lbh bnyk diam, kadang2 emo tak tentu pasal. Pelik la pendek kata, perubahan yg sgt drastik. Wohoo! Tapi dlm pada tu, akan jd motivasi pada orang yg bercinta tu. Bagi Art Student yg mcm aku, ilham utk buat artwerk tu mmg mcm banjir. Pergh! Feeling mmg memainkan peranan penting, nak study pun besemangat.
Tapi awas, bila dh start jatuh cinta dan tangkap cintan, penyakit angau akn menyerang anda. Tak kira la buat insan lelaki mahupun pompuan. Tapi lbh kpd laki la,,, pompuan rasanya kureng skit masalah ni.
Apakah pulak angau? Angau ni sejenis feeling cinta yg mmbuatkan sorang mamalia tu asyik dok tebayang muka orang yg dia suka ataupun cinta. Bila dh kena attack dgn panah cinta, racun tu melarat la ke seluruh badan. Maka, akan muncullah simptom2 spt berikut~~~
Biasanya korang jarang mengalami masalah tidur. Namun sejak bertemu dan berkenalan dgn si dia, ingatan korang kepada si dia kian menebal hingga kacau feel nk tidoq. Bak kata pepatah cinta, makan tak kenyang, tidoq tak lena and mandi tak basah. Ha.... ini yg korang alami.
2) Berdebar
Perasaan akn sentiasa berdebar-debar setiap kali bertembung dgn si dia. Lidah jadi kelu payah nk cakap. Tidak semena-mena, korang jadi kelam kabut dan menggelabah bewak apabila si dia datang hampir.
3) Ambik Berat
Korang makin berminat utk ambik tau pasal latar belakang dan perkembangan si dia, serta tekun mendengar story mengenai si dia dan sering bertanya tentang si dia dari member2nya.
4) Gelisah
Kalau sehari tak jumpa, hati mula gelisah dan fokus pun kacau. Korang sentiasa tercari-cari kalau terlihat kelibat bayangnya.
5) Termenung
Biler tidak melakukan sesuatu, korang lg suka menghabihkan masa dgn termenung. Kat mata hanya terbayang-bayang wajah si dia dan sentiasa membayangkan korang berada di sampingnya.
6) Cemburu
Korang mula cemburu bila si dia melayan orang lain termasuk member2. Kalau nk ikutkan hati, biarlah si dia melayan korang sahaja. Sikap ni ketara sgt sampai disedari member korang sendiri.
7) Rindu
Korang akn susah nk kontrol feeling. Setiap saat korang pasti terdengaq sayup2 suara si dia di telinga. Yang dipandang pula terbayang wajah si dia. Lebih teruk lagi apabila korang tersenyum sniri bila mengingatkan tentang si dia.
8) Defensif
Korang sentiasa membela si dia. Pantang orang lain salah cakap or sekadar mengusik, dengan seriusnya korang akan mempertahankan si dia. Sbb korang bersikap defensif kerana hati korang tertutup drpd melihat kelemahan si dia.
9) Mudah Salah Sangka
Korang mudah berasa hampa dan kecewa jika permintaan tidak dipenuhi si dia. Korang anggap si dia tidak memberi perhatian kepada korang sedangkan ada agenda lain yg si dia perlu penuhi.
10) Sanggup Berkorban
Sanggup bersusah payah melakukan semuanya utk si dia. Misalnya tanpa diminta, korang bersedia menjadi pemandu peribadinya mahupun orang suruhannya.
Aku bajet, semua simptom2 tu penah jadik kat korang la. Sbb aku dh buat kaji selidik tak bertauliah kat bnyk tempat, mmg kat aku pun jadi jugak. So, ada baik buruk benda ni, kalau pandai kontrol mmg okey sgt la. Yang tak pandai kontrol tu la mcm2 bnda tak elok buleh jd, kes rogol la, zina sana sini, buang anak, macam2 lg la. Benda ni mmg bekait rapat, mula dr kecik2, pastu melarat smpai parah jadinya.
Bagi setengah2 orang, cinta ni lagha. Sbb blh jejaskan prestasi kerja, study, dan hidup. Tapi, semuanya bergantung pd individu tu sniri, yang dok jejas sana sini tu pasal diorang terlalu taksub layan cinta. Sampaikan makan minum jd tak lalu, kenyang dgn bercinta ja. Apa kes?! Gila ka?!
Huhu,,, betol beb, cinta blh buatkan orang jadi gila. Even pompuan ataupun laki yg berpendidikan tahap PhD sekalipun blh kecundang dgn cinta, inikan pulak kita yg besa2 ja...
Kita mmg tak blh halang rasa cinta antara laki & pompuan, sbb itu mmg fitrah manusia utk bercinta. Kalau dihalang, takkan la boy nk luv dgn boy, dan gurl pulak nk luv dgn gurl..? itu dh langgar fitrah alam bila filem 2 Alam tak laku. Nak kalau jd mcm kaum Luth? So, benda ni tak blh dihalang, cuma perlu dikawal sj. Kawal mengikut hukum agama. Baru ada barakah. . .
Budak-budak zaman sekarang memang tak makan saman, bila bercinta mmg melampau gila. Tak ikut adab langsung. Bagi diorang, cinta lagi penting drpd segala2nya. Orang sekeliling diorang langsung tak kesah, bodoh punya orang.
Kalau korang anggap cinta tu lg penting dr segalanya, renungkan la semula. Jangan letak cinta sbg yang pertama. Kalau cinta korang tu berlandasan cantik, betul, dan boleh mendatangkan manfaat sampai masuk kubur, teruskan la. Sbb cinta suci yang berlandas syariat adalah suatu jihad yang boleh membawa kpd syahid.
WOW! SYAHID ! Betoi ka???!
Gue tak tipu bai... Kalau tak caya, rujuk kat bawah ni >>>
aku diberitahu abu bakar ahmad bin 'ali al-hafidz, berkata : menceritakan kepadaku abu al-hasan 'ali bin ayyub, berkata : menceritakan padaku muhamad bin 'imran, berkata : menceritakan padaku yahya bin makhzum, berkata : menceritakan padaku hasan bin 'ali al-asynani dan ahmad bin muhamad bin masruq, keduanya berkata : menceritakan padaku suwaid bin sa'id, berkata : menceritakan padaku 'ali bin mushir dari abi yahya al-qathtat dari mujahid dari ibn 'abbas : barang siapa sedang rindu ( cinta ), lalu menyembunyikannya , menahan diri kemudian dia mati, maka meninggal dalam keadan syahid.
Hahahaha! Pecaya dah? Kata2 aku tak boleh disangkal lg dah. So, kalau korang mampu, buat la. Tahan perasaan cinta tu. Kata orang, cinta yang mcm tu blh bawak kebahagiaan berpanjangan bila dilepas kpd isteri/suami after married.
As a konklusi, bergantung pada individu itu sendiri bagi menilai cinta diorang sama ada penting atau tidak. Aku tak berhak membuat penentuan di sini, just meluahkan pendapat saja. So, Lu Pikir La Sniri (kata Nabil). Hahahaha!
Apa Pendapat Anda?