Cinta adalah anugerah dari Tuhan Yang Maha Esa yang tidak dapat dipisahkan dari kehidupan manusia . Cinta tidak hanya terhad kepada cinta sesama manusia , tetapi cinta juga meliputi cinta seorang hamba kepada TuhanNya, cinta manusia pada alam sekitar , cinta manusia pada haiwan dan lain – lain lagi . Semua orang mendambakan hadirnya cinta dalam hidup mereka .
Tips yang akan dikongsikan pada artikel ini , adalah tips untuk mereka yang ingin mewujudkancinta yang sejati dengan pasangan anda .
Tips Cinta Sejati #1 : Sentiasa mendoakan kebaikan pasangan anda
” Tidaklah seorang muslim berdoa untuk saudaranya yang tidak di hadapannya, maka malaikat yang ditugaskan kepadanya berkata : “Amin, dan bagimu seperti yang kau doakan ”
(Shahih Muslim, kitab Doa wa Dzikir bab Fadli Doa fi Dahril Ghalib).
Walau di mana sahaja anda berada , walau di mana sahaja pasangan anda berada , sentiasalah mendoakan kebaikan pasangan anda . Walaupun , dalam situasi anda sedang bergaduh dengan pasangan anda . Jangan sesekali mendoakan keburukan untuk pasangan anda .
Kebaikan yang anda doakan untuk pasangan anda , kebaikan jugalah yang akan datang kepada anda. Bagi pasangan yang telah berkahwin , ketika pasangan anda perlu bekerja “outstation” , doakan semoga cintanya pada anda tidak beralih ketika berjauhan dari anda . Semoga cinta yang wujud antara anda dan pasangan anda , tetap kekal walaupun terpaksa berjauhan untuk satu jangka waktu yang lama .Insyallah , cinta anda pada pasangan anda juga akan kekal kepadanya dan tidak beralih arah .
Tips Cinta Sejati #2 : Temui pasangan anda dengan wajah yang berseri – seri
“ Janganlah meremehkan kebaikan sedikit pun, walau sekadar bertemu dengan saudaramu dengan wajah yang berseri-seri. “ (HR. Muslim).
Memang menjadi lumrah manusia yang berpasangan untuk saling berjumpa . Pastikan , setiap kali anda ingin berjumpa dengan pasangan anda , tunjukkan wajah yang ceria dan berseri – seri. Dengan hanya melemparkan senyuman semasa berjumpa , anda dapat menyenangkan dan menggembirakan hati pasangan anda .
Bagi pasangan yang telah berkahwin dan tinggal serumah pula , sudah pastinya anda akan melihat wajah pasangan anda setiap hari. Tunjukkan wajah yang ceria dan berseri – seri kepada pasangan anda , dengan harapan , anda akan mendapat perkara yang sama .
Mungkin , anda tidak dapat untuk sentiasa berwajah ceria , kerana ujian dari Allah , sentiasa menduga hambanya , tetapi , anda dapat berkongsi keresahan anda itu dengan pasangan anda . Ini juga antara cara untuk merapatkan lagi hubungan antara pasangan .
Tips Cinta Sejati #3 : Saling menghormati
Apabila anda ikhlas mencintai pasangan anda , anda pasti akan menghormatinya dan melayannya dengan sopan. Kesopanan dan rasa hormat anda pada pasangan anda , akan menambah cinta pasangan anda kepada anda .
Tetapi , yang dapat kita lihat sekarang , ramai pasangan muda yang tidak menghormati pasangan mereka . Sebelum berkahwin , mereka sudah pun menceroboh kehormatan dan maruah pasangan mereka dengan mendekati zina .
Untuk membina sebuah hubungan dengan cinta yang sejati , keredhaan Allah perlu diambil kira . Dengan mewujudkan hubungan yang dirahmati Allah , hubungan anda akan dijaga oleh Allah selama – lamanya.
Tips #4 : Jangan kedekut untuk katakan“I Love You” kepada pasangan anda
“Jika seseorang mencintai saudaranya karena Allah, maka kabarkanlah bahwa ia mencintainya.” “Siapa yang mencintai seseorang karena Allah, kemudian seseorang yang dicintainya itu berkata,’Aku juga mencintaimu karena Allah.’Maka keduanya akan masuk surga. Orang yang lebih besar cintanya akan lebih tinggi derajatnya daripada yang lainnya. Ia akan digabungkan dengan orang-orang yang mencintai karena Allah.”
Berdasarkan tips kebahagian dari Dr Fadzilah Kamsah , kita perlulah menyebut “I Love You” kepada pasangan kita setiap hari. Manusia ini pelupa , dengan kerap menyebut “I Love You” kepada pasangan kita , akan mengingatkan kita betapa kita menyayangi pasangan kita .
Bagi lelaki yang telah berkahwin , amalkan sebelum pergi kerja mencium dahi isteri anda , dan sebutkan “I Love You” kepada isteri anda .Insyaallah , isteri anda akan tetap setia kepada anda sepanjang ketiadaan anda di rumah .
Tips #5 : Sentiasa berusaha membahagiakan pasangan anda
“Barangsiapa yang menemui saudaranya sesama muslim dengan menampakkan perkara yang disukainya, karena ingin membahagiakannya, maka Allah akan memberikan kebahagiaan kepadanya di hari kiamat.”
Bahagiakan pasangan anda dengan menampakkan atau memberi apa yang mereka sukai. Dengan membahagiakan pasangan anda , anda akan turut dapat membahagiakan diri anda sendiri .
Kepada pasangan – pasangan muda yang masih belum berkahwin , dalam usaha anda untuk membahagiakan pasangan anda , ingatlah batas – batas yang ditetapkan syarak . Janganlah sehingga sanggup mengorbankan maruah diri , kerana ingin membahagiakan pasangan anda dengan memuaskan nafsu mereka .
Semua tips yang dikongsikan di dalam artikel ini , perlulah diikuti tanpa melanggar batas – batas agama .Dengan melanggar batas – batas yang ditetapkan Allah , walaupun beribu tips yang anda ikuti , anda tidak akan dapat menikmati cinta sejati yang sebenar . Pokok kepada mewujudkan sebuah cinta yang sejati antara manusia yang berlainan jantina ialah keredhaan dan rahmat dari Allah.
Kepada pasangan – pasangan muda yang masih belum berkahwin , tumpukanlah usaha anda menghalalkan hubungan kasih sayang yang terbina antara anda dan pasangan anda dengan secepat yang mungkin .
Diharapkan artikel tentang tips cinta sejati ini , akan membantu anda semua dalam mencari cinta yang sejati .
No comments:
Post a Comment