Pages

Friday, December 9, 2011

cinta terbian VS cinta dibina

Pernah tak dengar ungkapan `cinta yang lahir dari hati`? dan pernah x korang dengar `binalah cinta dalam hati`?. bagi korang, apa perbezaan dan persamaan bagi kedua-ungkapan yang diungkapkan ini dan apa perkaitannya dalam kehidupan kita seharian?

Mungkin ramai yang pernah mendengar cinta yang lahir dari hati dan tidak kurang pula yang menggunakanya sebagai ayat-ayat cinta untuk mengayat atau mengorat perempuan,tapi sejauh manakah cinta yang lahir dari hati nei mampu bertahan dan terus bertakhta dalam hati kita?.Ada orang cakap cinta yang lahir dari hati nei adalah cinta yang suci dan murni. Tak kurang pula yang mengatakan cinta yang lahir dari hati nei boleh pergi sepertimana lahirnya ia. Ya, mungkin cinta yang lahir dari hati nei boleh dikatakan cinta yang murni kerana ia lahir tanpa dipaksa dan sudah semestinya ada sebab dan musabab yang membuatkan cinta itu wujud dalam hati kita kan.


Cinta. Seperti mana ia datang, seperti itulah ia akan pergi.Jika cinta itu lahirnya dari hati kita, tak mustahil ia juga akan musnah dan layu seperti mana ia mampu berkembang sewaktu cinta itu mula berputik. Hari nei kita mula mencintai seseorang, tapi sampai bila kita mampu menyayangi orang yang kita cintai tu? mungkin cinta yang lahir tu berpunca daripada rupa paras si dia yang cantik/macho yang mana membuatkan hati kita berbunga dan terus terpikat, tapi adakah dia saja yang cantik/macho dalam dunia nei kan?. bagaimana pula kalau korang berjumpa dengan seseorang yang mempunyai rupa paras yang lebih menarik daripada orang yang sebelum nei korang menyintainya sepenuh hati kononnya, adakah korang masih lagi mampu untuk setia?.


Mungkin kita tidak sepatutnya percayakan cinta yang lahirnya dari hati kerana ia sememangnya membutuhkan 1001 pengorbanan yang mungkin kita sendiri tidak mampu untuk penuhinya. Mereka kata cinta yang lahir dari hati itu adalah cinta yang suci, tapi benarkah ia adalah cinta yang suci? atau ia sekadar cinta pakai buang yang mana apabila ia sedang hangat di dalam hati, segalanya bagaikan syurga.. tapi apabila ia sudah mulai sejuk, segalanya mulai tawar dan tidak seperti dulu. Seperti mana yang dapat kita lihat pada masa sekarang, berapa ramaikah pasangan yang berkahwin dan bercerai yang mana dahulunya mereka begitu hangat bercinta dan jodoh tersebut adalah jodoh pilihan mereka sendiri dan bukanlah jodoh yang diatur oleh keluarga.


Bagaimana pula dengan membina cinta di dalam hati?


Ya, tak ramai yang melalui proses ini, apa yang banyak berlaku ialah cinta yang lahir daripada hati. sedar jer cinta itu dah ada dalam hati,tak ramai antara kita yang merasakan susah payah membina sebuah percintaan yang mana sepasang pasangan tu tak pernah ada apa2 perasaan kat diri masing2, then dalam masa yang singkat, mereka akan cuba mencari titik persamaan yang mana akan membawa kepada persefahaman dan sekaligus membawa kebahagian dalam hubungan yang mereka jalani. Nampak macam tak berana nak menarik tapi itu lah salah satu cara percintaan yang mampu berkekalan lebih lama kerana mereka sendiri yang membina rasa cinta dan sayang dalam hati dan jiwa masing2.


Contoh yang dapat kita lihat adalah pasangan yang dipertemukan jodoh oleh kedua orang tua mereka yang mana sebelum ini mereka tidak pernah mengenali antara satu sama lain tetapi dengan pertemuan ini, mereka akan cuba untuk membina percintaan bersama dengan seseorang yang mereka tidak langsung kenal hati budinya. segala bentuk kekurangan dan keburukan yang terdapat dalam diri akan cuba untuk diperbaiki demi membentuk satu perasaan yang amat penting dalam menjamin kebahagiaan hubungan mereka iaitu cinta.


Jadi, apa yang ingin disarankan dalam artikel nei adalah


usahlah mempercayai cinta yang lahir dari hati


kerana ia bisa pergi sepertimana hadirnya ia


tapi percayalah cinta yang dibina dalam hati


kerana ia tidak akan pernah hancur melainkan jika kita yang menhancurkanya....

No comments:

Post a Comment