Pages

Monday, December 26, 2011

Adakah Cinta itu Penting?



Penting kah?

Kadang2 aku rasa mcm penting jugak. Kadang2 mcm leceh. Kadang2 mcm terdesak... Urgh! Pelik.

Kalau masuk bab kapel tu, toksah cerita la, mmg berlambak budak2 berkapel. Bila tgk balik, aku selalu pikir, "mcm mana la diorang start kapel?". Huh! Mcm2 prsoalan blh timbul bila ikut kepala aku.

Susah ka berkapel ni? Aku tak tau, sbb aku tak penah serius bila terjebak dengan bab alah ni. Selalunya aku main suka2 gitu ja kat pompuan. Penah la jugak trai, tapi sekerat jalan saja sbb gurl tu membosankan. Hahaha! Dah mcm playboy pulak aku ni. Bila dia mmbosankan, aku trai yg lain pulak..  Aku  je la yg syok sniri, aku tak tau la feeling gurl tu mcm mn. Tapi aku tak la buat smpai dia betol2 suka kat aku, bahaya tu !!!

Mengikut pendapat aku yg tak pakar ni, feeling cinta tu penting bagi sesetengah orang, kat sini aku nk kecikkan skop kpd cinta antara laki dan pompuan ja, tak mau luas2, nnt payah. Bila someone tu dh start jatuh cinta, perangai dia mmg akan berubah, lbh bnyk diam, kadang2 emo tak tentu pasal. Pelik la pendek kata, perubahan yg sgt drastik. Wohoo! Tapi dlm pada tu, akan jd motivasi pada orang yg bercinta tu. Bagi Art Student yg mcm aku, ilham utk buat artwerk tu mmg mcm banjir. Pergh! Feeling mmg memainkan peranan penting, nak study pun besemangat.

Tapi awas, bila dh start jatuh cinta dan tangkap cintan, penyakit angau akn menyerang anda. Tak kira la buat insan lelaki mahupun pompuan. Tapi lbh kpd laki la,,, pompuan rasanya kureng skit masalah ni.
Apakah pulak  angau?   Angau ni sejenis feeling cinta yg mmbuatkan sorang mamalia tu asyik dok tebayang muka orang yg dia suka ataupun cinta. Bila dh kena attack dgn panah cinta, racun tu melarat la ke seluruh  badan. Maka, akan muncullah simptom2 spt berikut~~~


1) Sukar Melelapkan Mata
Biasanya korang jarang mengalami masalah tidur. Namun sejak bertemu dan  berkenalan dgn si dia, ingatan korang kepada si dia kian menebal hingga kacau feel nk tidoq. Bak kata pepatah cinta, makan tak kenyang, tidoq tak lena and mandi tak basah. Ha.... ini yg korang alami.

2) Berdebar
Perasaan akn sentiasa berdebar-debar setiap kali bertembung dgn si dia. Lidah jadi kelu payah nk cakap. Tidak semena-mena, korang jadi kelam kabut dan menggelabah bewak apabila si dia datang hampir.

3) Ambik Berat
Korang makin berminat utk ambik tau pasal latar belakang dan perkembangan si dia, serta  tekun mendengar story mengenai si dia dan sering bertanya tentang si dia dari member2nya.

4) Gelisah
Kalau sehari tak jumpa, hati mula gelisah dan fokus pun kacau. Korang sentiasa tercari-cari kalau terlihat kelibat bayangnya.

5) Termenung
Biler tidak melakukan sesuatu, korang lg suka menghabihkan masa dgn termenung. Kat mata hanya terbayang-bayang wajah si dia dan sentiasa membayangkan korang berada di sampingnya.

6) Cemburu
Korang mula cemburu bila si dia melayan orang lain termasuk member2. Kalau nk ikutkan hati, biarlah si dia melayan korang sahaja. Sikap ni ketara sgt  sampai disedari member korang sendiri.

7)
 Rindu
Korang akn susah nk kontrol feeling. Setiap saat korang pasti terdengaq sayup2 suara si dia di telinga. Yang dipandang pula terbayang wajah si dia. Lebih teruk lagi apabila korang tersenyum sniri bila mengingatkan  tentang si dia. 

8) Defensif
Korang sentiasa membela si dia. Pantang orang lain salah cakap or sekadar mengusik,  dengan seriusnya korang akan mempertahankan si dia. Sbb korang bersikap defensif kerana hati korang tertutup drpd melihat kelemahan si dia.

9) Mudah Salah Sangka
Korang mudah berasa hampa dan kecewa jika permintaan  tidak dipenuhi si dia. Korang anggap si dia tidak memberi perhatian kepada korang sedangkan ada agenda lain yg si dia perlu penuhi.

10) Sanggup Berkorban
Sanggup bersusah payah melakukan semuanya utk si dia. Misalnya tanpa diminta, korang bersedia menjadi pemandu peribadinya mahupun orang suruhannya.


Aku bajet, semua simptom2 tu penah jadik kat korang la. Sbb aku dh buat kaji selidik tak bertauliah kat bnyk tempat, mmg kat aku pun jadi jugak. So, ada baik buruk benda ni, kalau pandai kontrol mmg okey sgt la. Yang tak pandai kontrol tu la mcm2 bnda tak elok buleh jd, kes rogol la, zina sana sini, buang anak, macam2 lg la. Benda ni mmg bekait rapat, mula dr kecik2, pastu melarat smpai parah jadinya.

Bagi setengah2 orang, cinta ni lagha. Sbb blh jejaskan prestasi kerja, study, dan hidup. Tapi, semuanya bergantung pd individu tu sniri, yang dok jejas sana sini tu pasal diorang terlalu taksub layan cinta. Sampaikan makan minum jd tak lalu, kenyang dgn bercinta ja. Apa kes?! Gila ka?!

Huhu,,, betol beb, cinta blh buatkan orang jadi gila. Even pompuan ataupun laki yg berpendidikan tahap PhD sekalipun blh kecundang dgn cinta, inikan pulak kita yg besa2 ja... 

Kita mmg tak blh halang rasa cinta antara laki & pompuan, sbb itu mmg fitrah manusia utk bercinta. Kalau dihalang, takkan la boy nk luv dgn boy, dan gurl pulak nk luv dgn gurl..?  itu dh langgar fitrah alam bila filem 2 Alam tak laku. Nak kalau jd mcm kaum Luth?  So, benda ni tak blh dihalang, cuma perlu dikawal sj. Kawal mengikut hukum agama. Baru ada barakah. . .

Budak-budak zaman sekarang  memang tak makan saman, bila bercinta mmg melampau gila. Tak ikut adab langsung. Bagi diorang, cinta lagi penting drpd segala2nya. Orang sekeliling diorang langsung tak kesah, bodoh punya orang

Kalau korang anggap cinta tu lg penting dr segalanya, renungkan la semula. Jangan letak cinta sbg yang pertama. Kalau cinta korang tu berlandasan cantik, betul, dan boleh mendatangkan manfaat sampai masuk kubur, teruskan la. Sbb cinta suci yang berlandas syariat adalah suatu jihad yang boleh membawa kpd syahid.  

WOW! SYAHID ! Betoi ka???!

Gue tak tipu bai... Kalau tak caya, rujuk kat bawah ni >>>


aku diberitahu abu bakar ahmad bin 'ali al-hafidz, berkata : menceritakan kepadaku abu al-hasan 'ali bin ayyub, berkata : menceritakan padaku muhamad bin 'imran, berkata : menceritakan padaku yahya bin makhzum, berkata : menceritakan padaku hasan bin 'ali al-asynani dan ahmad bin muhamad bin masruq, keduanya berkata : menceritakan padaku suwaid bin sa'id, berkata : menceritakan padaku 'ali bin mushir dari abi yahya al-qathtat dari mujahid dari ibn 'abbas : barang siapa sedang rindu ( cinta ), lalu menyembunyikannya , menahan diri kemudian dia mati, maka meninggal dalam keadan syahid.

Hahahaha! Pecaya dah? Kata2 aku tak boleh disangkal lg dah. So, kalau korang mampu, buat la. Tahan perasaan cinta tu. Kata orang, cinta yang mcm tu blh bawak kebahagiaan berpanjangan bila dilepas kpd isteri/suami after married. 

As a konklusi, bergantung pada individu itu sendiri bagi menilai cinta diorang sama ada penting atau tidak. Aku tak berhak membuat penentuan di sini, just meluahkan pendapat saja. So, Lu Pikir La Sniri (kata Nabil). Hahahaha!

CINTA ITU BUTA..???

Cinta itu buta?
Memang cinta itu tidak bermata,
Tapi tidak pula buta,
Kerana kitalah mata itu,
Mata yang letaknya di hati,
Hati yang seharusnya berjalankan petunjukNya
bukannya…
yang disuluh dari cahaya duniawi.
Seharusnya janganlah biar ia dikaburi nafsu ,
Kelak ketajaman mata itu kian hilang bisanya lalu terus tumpul.
Asahlah ia dengan zikrullah,
Siramilah ia dengan basah lidah suarakan selawat buat Rasullullah,
Suburilah ia dengan muhasabah…

Firman Allah yang bermaksud : “Maka tidak pernahkah kamu berjalan di bumi, sehingga hati (akal) mereka dapat memahami, telinga mereka dapat mendengar? Sebenarnya, bukan mata itu yang buta, tetapi yang buta ialah hati yang di dalam dada.” (Surah al-Hajj : 46)

Kenapa dikatakan cinta itu buta??
Kerana bila tidurnya tidak lena ,
Mandinya tidak basah,
Makannya tidak kenyang,
Hilang tumpuan sibuk & asyik terkenangkan orang tersayang,
Ingatan persis layang-layang terbang di awan terapung bersama angan-angan,
Bila nasihat orang tua dikatakan penghalang,
Bila yang haram menjadi halal,
..berjalan beriringan sambil berpegang tangan,
.. naik motor berpelukan takut tercicir dijalanan,
.. lama -kelamaan kesucian menjadi korban,
Kononnya sebagai tanda cinta sejati tidak berbelah bahagi.
Yang paling diendahkan..
Bilamana tanggungjawab sebagai hamba-Nya mula diabaikan,
Bilamana kitabNya sudah tidak betah ditangan,
..dek kerana mata hati yang mula kabur terjerumus dalam cinta dunia..


Ya Allah, jangan kiranya hati itu milikku,
Ya Allah, jangan juga kiranya anak itu adalah aku,
Ya Allah, ku tak sanggup memiliki tangan itu,
Ya Allah, jauhkanlah dari ‘dimiliki’ mahupun memiliki cinta seperti itu.
Ya Allah , ku takut kiranya akulah hambaMu yang tidak bertanggungjawab itu…
Ku pohon padaMu , payungilah aku dari panahan nafsu syaitan,
Ku harapkan teduhan di bawah lembayung rahmatMu,
Ku tagih redup dari rimbunan pohon kasih sayangMu,
Ku tahu ya Allah, ku tak layak menghuni syurgaMu,
tapi tidak pula ku ingin ke Neraka-Mu..Amin.
Namun begitu ya Allah, layakkah aku untuk CINTA AGUNG-MU??

Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud : “Dunia penjara orang Mukmin dan Syurga orang kafir.” (Riwayat al-Tirmizi dan al-Hakim)

Friday, December 9, 2011

cinta terbian VS cinta dibina

Pernah tak dengar ungkapan `cinta yang lahir dari hati`? dan pernah x korang dengar `binalah cinta dalam hati`?. bagi korang, apa perbezaan dan persamaan bagi kedua-ungkapan yang diungkapkan ini dan apa perkaitannya dalam kehidupan kita seharian?

Mungkin ramai yang pernah mendengar cinta yang lahir dari hati dan tidak kurang pula yang menggunakanya sebagai ayat-ayat cinta untuk mengayat atau mengorat perempuan,tapi sejauh manakah cinta yang lahir dari hati nei mampu bertahan dan terus bertakhta dalam hati kita?.Ada orang cakap cinta yang lahir dari hati nei adalah cinta yang suci dan murni. Tak kurang pula yang mengatakan cinta yang lahir dari hati nei boleh pergi sepertimana lahirnya ia. Ya, mungkin cinta yang lahir dari hati nei boleh dikatakan cinta yang murni kerana ia lahir tanpa dipaksa dan sudah semestinya ada sebab dan musabab yang membuatkan cinta itu wujud dalam hati kita kan.


Cinta. Seperti mana ia datang, seperti itulah ia akan pergi.Jika cinta itu lahirnya dari hati kita, tak mustahil ia juga akan musnah dan layu seperti mana ia mampu berkembang sewaktu cinta itu mula berputik. Hari nei kita mula mencintai seseorang, tapi sampai bila kita mampu menyayangi orang yang kita cintai tu? mungkin cinta yang lahir tu berpunca daripada rupa paras si dia yang cantik/macho yang mana membuatkan hati kita berbunga dan terus terpikat, tapi adakah dia saja yang cantik/macho dalam dunia nei kan?. bagaimana pula kalau korang berjumpa dengan seseorang yang mempunyai rupa paras yang lebih menarik daripada orang yang sebelum nei korang menyintainya sepenuh hati kononnya, adakah korang masih lagi mampu untuk setia?.


Mungkin kita tidak sepatutnya percayakan cinta yang lahirnya dari hati kerana ia sememangnya membutuhkan 1001 pengorbanan yang mungkin kita sendiri tidak mampu untuk penuhinya. Mereka kata cinta yang lahir dari hati itu adalah cinta yang suci, tapi benarkah ia adalah cinta yang suci? atau ia sekadar cinta pakai buang yang mana apabila ia sedang hangat di dalam hati, segalanya bagaikan syurga.. tapi apabila ia sudah mulai sejuk, segalanya mulai tawar dan tidak seperti dulu. Seperti mana yang dapat kita lihat pada masa sekarang, berapa ramaikah pasangan yang berkahwin dan bercerai yang mana dahulunya mereka begitu hangat bercinta dan jodoh tersebut adalah jodoh pilihan mereka sendiri dan bukanlah jodoh yang diatur oleh keluarga.


Bagaimana pula dengan membina cinta di dalam hati?


Ya, tak ramai yang melalui proses ini, apa yang banyak berlaku ialah cinta yang lahir daripada hati. sedar jer cinta itu dah ada dalam hati,tak ramai antara kita yang merasakan susah payah membina sebuah percintaan yang mana sepasang pasangan tu tak pernah ada apa2 perasaan kat diri masing2, then dalam masa yang singkat, mereka akan cuba mencari titik persamaan yang mana akan membawa kepada persefahaman dan sekaligus membawa kebahagian dalam hubungan yang mereka jalani. Nampak macam tak berana nak menarik tapi itu lah salah satu cara percintaan yang mampu berkekalan lebih lama kerana mereka sendiri yang membina rasa cinta dan sayang dalam hati dan jiwa masing2.


Contoh yang dapat kita lihat adalah pasangan yang dipertemukan jodoh oleh kedua orang tua mereka yang mana sebelum ini mereka tidak pernah mengenali antara satu sama lain tetapi dengan pertemuan ini, mereka akan cuba untuk membina percintaan bersama dengan seseorang yang mereka tidak langsung kenal hati budinya. segala bentuk kekurangan dan keburukan yang terdapat dalam diri akan cuba untuk diperbaiki demi membentuk satu perasaan yang amat penting dalam menjamin kebahagiaan hubungan mereka iaitu cinta.


Jadi, apa yang ingin disarankan dalam artikel nei adalah


usahlah mempercayai cinta yang lahir dari hati


kerana ia bisa pergi sepertimana hadirnya ia


tapi percayalah cinta yang dibina dalam hati


kerana ia tidak akan pernah hancur melainkan jika kita yang menhancurkanya....

20 CIRI PEREMPUAN MURAHAN ZAMAN SEKARANG 20 CIRI PEREMPUAN MURAHAN

1. Berambut perang..tak pun rambut kaler merah highlight sikit-sikit budget Avril

2. Kau buat facebook ni macam medan memperagakan diri..kau upload beribu ribu gamba muka kau je sampai 10 album.. bila ade org puji kau jawab 'ala shayer tark syomel pown..beshe beshe jew'


3. Snap gambar dari atas, buat duck face & kau upload kat Facebook..geli doh tengok..kalau 1 album nama kau, dalam tu semua muka itik kau. Muka penuh depan kamera..semuat-muat frame..


4. Kau rasa comel bila kau type message 'ewww..jum lepak..busyan lorh...umah tadew orang..pakwe gie maen futsal pulark..busyan busyan! T__T' macam bodo kau tahu tak


5. Kau kerek bila kau makan kat fastfood ngan member-member kau..kau snap gamba sana-sini macam tempat tu tak de orang..annoying!


6. Kau pakai baju nampak lurah kau pegi jalan-jalan kat bandar..kau seronok lah abang misai pandang pastu tulis kat facebook 'nyampah nyew adew abang misai usya-usya kitew..tark syukew tark syukew larh' Perosak bahasa.


7. Annoying doh tengok kau peluk laki or balak kau dekat public or shopping complex..kalau sangap sangat g rumah tumpangan RM30/nett


8. Kau pakai tudung tapi kau pakai jeans yang abang misai dari jauh boleh nampak shape bontot kau yang jatuh tu..


9. Kau saje ubah-ubah relationship status kat facebook..kononnye kau ni macam best kejap Single, kejap in relation, kejap open..asal kau tak bubuh 'I am Lesbian'


10. Mekap tebal ala ala mak ayam..atas mata tu dah macam pelangi..tambah plak bulu mata palsu..klip pah kip pah mata tu dah macam berus cat..kelopak mata tak larat nak angkat.. satu level ngan bapok belakang lorong haji taib..


11. Sikit-sikit kau ngadu kat member-member kau yang kau ada stalker kat kelas, kat office..konon kau tak tahu nak buat ape..


12. Kau bisik-bisik ngan member kau yang duduk semeja..padahal dekat meja tu tengah lepak 4 5 orang


13. Bila kau lepak ngan member yang hot stuff, hensem-hensem, kool, kau tak pulak nak tegur member kau yang pakai tudung serabai plus muka berminyak 'she's not my friends..please lah'


14. Kau tenung-tenung mamat yang cam kool supaya mamat cam kool tu perasan kewujudan kau sambil buat muka bodo


15. Kau order makanan itu ini sebab gambar dekat menu cantik..tapi bila makan 3 4 sudu kau cakap tak sedap..lepas tu tak habis..lepas tu ngadu lapar..g makan kat tempat lain pulak..


16. Kau tak pandai buat tu, buat ni..tanak pegang tu, pegang ni..alasan kau kotor, jijik..habis sapa yang nak buat kan?


17. Pakai tudung, baju kurung, manis..dalam wayang, dalam kereta, huih....bukan main sandar-sandar, peluk-peluk, ramas-ramas..baik tak payah pakai tu semua..


18. Kau cerewet..kena buat semua benda macam kau nak..kalau tak sama macam kau nak, kau angin, kau merajuk, kau marah..cuba kalau kau buat kerja yang orang cerewet macam kau..muncung je mulut kau


19. Kau merajuk ngan mak kau, kau merajuk ngan bapak kau, pakwe pun buat taek ngan kau..kau ngamok, marah, benci & merajuk..last-last kau decide kau bunuh diri..terjun dr bumbung Pavi..tapi tak mati pun..silap-silap kena buang keluarga..


20. Lepak ngan sekutu gediks kau ketawa kuat kuat, buat onar..masing masing dressed up fancy nak mampos. Skali awek pakai tudung litup melintas korang pakat usya atas bawah atas bawah ramai2. pandangan jijik like 'eww she dont have style..yucks' emang gud gud la kau

CINTA SEORANG LELAKI BIASA♥

GF : awak , saya cemburu la kat kawan2 saya ..
BF : cemburu ? kenapa ?
GF : BF diorang selalu bagi hadiah , belikan rantai ,
cincin , baju , bawa diorang jalan2
BF : maafkan saya ye . sebab saya tak mampu nak
bagi semua tu kat awak .
saya tak berharta awak ...
GF : awak jangan la macam ni .. apa awak bagi dah
cukup pada saya .. percayalah ..
BF : tapi awak tetap mahukan semua tu kan ? sama
macam kawan2 awak ?
GF : awak ... maaf .
BF : tak apa la . =]
( suatu hari BF menerima berita bhawa GF telah
kemalangan dan mengalami kecederaan teruk dan
mengakibatkan GF hilang penglihatan .. )
selepas beberapa minggu .. GF telah sedar dan
telah pulang ke rumah . dia membaca sepucuk
surat yang di berikan oleh seorang nurse sebelum
GF pulang .
b29; sayang , maafkan saya kerana selama ini tidak
mampu menjadi seorang kekasih
yang terbaik pada awak . saya tidak mampu
berikan kemewahan pada awak . saya
tak dapat bahagiakan awak dengan kemewahan
saya . sayang , hari ini awak melihat
dan membaca surat ini dengan mata saya . hanya
ini mampu saya berikan pada
awak sayang . jaga mata ini seperti mana awak
jaga diri awak . dengan mata ini
nanti .. awak akan bejumpa seseorang yang akan
menyayangi dan akan memberikan
segala yang awak mahukan . Maafkan saya

Wednesday, December 7, 2011

Luahan hati seorang lelaki...

Hari ini aku bersembang dengan seorang teman, dia komplen tentang apa yang selalu orang perempuan cakap pasal lelaki handsome dan lelaki tak handsome, pada awalnya aku juga menyangkal apa yang dikatakannya tetapi pada masa yang sama tidak juga menafikan semua itu.Memang ada benarnya apa yang diluahkan itu...Entri-entriku sebelum ini banyak menyebelahi kaumku sendiri tapi apa salahnya kali ini kita melihat dari sudut kaum adam plak kan?


Apa yang selalu orang perempuan kata pasal lelaki handsome or tak handsome?

Kalau lelaki handsome pendiam
Perempuan akan cakap:: "woow, cool giler..."
kalau lelaki tak handsome pendiam

Perempuan akan cakap: "eh perasan bagus..."
kalau lelaki handsome berbuat jahat
Perempuan akan kata: "nobody's perfect"
kalau lelaki tak handsome berbuat jahat
perempuan akan cakap: "memang.... muka pun macam pecah rumah!"
kalau lelaki handsome menolong perempuan yg diganggu
perempuan akan cakap: "wah.. machonya.. macam hero filem!"
kalau lelaki tak handsome menolong perempuan yang diganggu
Perempuan akan kata: "entah2 kawan dia..."
kalau lelaki handsome dapat perempuan cantik
perempuan akan kata: "sepadan sangat..."
kalau lelaki tak handsome dapat perempuan cantik
perempuan akan kata: "mesti kena bomoh perempuan tuh!"
kalau lelaki handsome ditinggal kekasih
perempuan akan kata: "jangan sedih, kan saya ada..."
kalau lelaki tak handsome ditinggal kekasih
perempuan akan kata:...(terdiam, tapi telunjuknya
meliuk-liuk dari atas ke bawah, patutlah, tengok saja luarannya)...
kalau lelaki handsome penyayang binatang
perempuan akan cakap: "perasaannya halus...penuh kasih sayang"
kalau lelaki tak handsome penyayang binatang
perempuan akan cakap: "sesama keluarga memang harus menyayangi..."
kalau lelaki handsome bawa BMW
perempuan akan cakap: "matching... hebat luar dalam"
kalau lelaki tak handsome bawa BMW
perempuan akan cakap: "bang, bosnya mana...?"
kalau lelaki handsome tak mau bergambar
perempuan akan cakap: "pasti takut kalau-kalau gambarnya tersebar"
kalau lelaki tak handsome tak mau bergambar
perempuan akan kata: "tak sanggup melihat hasilnya ya..."
kalau lelaki handsome menuang air ke gelas perempuan
perempuan akan cakap:"ini barulah lelaki gentlemen"
kalau lelaki tak handsome menuang air ke gelas perempuan
perempuan akan cakap: "naluri pembantu, memang begitu...."
kalau lelaki handsome bersedih hati
perempuan akan cakap: "let me be your shoulder to cry on"
kalau lelaki tak handsome bersedih hati
perempuan akan kata: "kuat nangis!! lelaki ke bukan ni?
Apa yang aku ingin ingatkan, berdasarkan pengalamanku sebagai pengajaran kepada kalian semua......Kenali dan nilai diri sendiri dahulu sebelum menilai orang lain. hmm... Apa pun, terimalah dengan redha dan hati terbuka
terhadap kekurangan yang ada pada pasangan kita.

Monday, December 5, 2011

Cuti Sekolah........


Assalamualaikum..Cuti sekolah yg paling syok sbb boleh berehat puas2.Tapi cuti sekolah x tau nk bt pa...............kerja on9 facebook je....tpi kadang2 2 chatting juga dlm facebook 2......Aku skrg rasa mcm x ader mood je nk buka facebook.......tpi boring juga sebab cuti kan boring2 pun buka netbook main game je.........tpi aku tetap happy walaupun cuti2 nie aku adalah perokok tegar macam biasa lh mesti ketagih rokok je kerja.....tapi aku adalah seorang yang baik walaupun jahat sikit je x banyak pun.....tpi kenapa nak cari awek pun payah nak cari yang betul2 faham kite pun susah ke....tpi kena tgk juga perangai dia juga.....wlaupun pun cantik tpi hati 2 faham2 je apa yg aku nk cakap nie........tapi kawan aku senang je dpt awek tpi aku payah nk dapat awek............................................................jadi anda jgn menjadi seorang  perokok walaupun ape yang terjadi sekali pun