Pages

Tuesday, September 23, 2014

10 Tanda-Tanda Bahawa Dia Bukan Jodoh Yang Baik Untuk Kamu

















10 Tanda-Tanda Bahawa Dia Bukan Jodoh Yang Baik Untuk Kamu | Alhamdulilah dapat lagi kita bersua, ucapkanlah syukur kepadaNya kerana masih di beri nikmat yang tak terhingga untuk terus hidup di muka buminya. Setiap hari saya di hujani dengan persoalan cinta dan jodoh , pelbagai persoalan yang di tanyakan sehinggakan saya terkelu untuk menjawab semuanya. Jodoh itu memang rahsia Allah dia telah tetapkan siapa untuk kita tetapi kita perlu berusaha untuk mencari siapakah dia.

Walaupun serapat manapun kita dan apa jua cara untuk kita buat untuk menghalang jika dia bukan jodoh kita maka bukanlah, sejauh mana pun kita berlari jika kita di takdirkan bersatu maka akan bersatu. Hari ini saya ingin kongsikan 10 tanda bahawa dia bukan jodoh yang baik untuk kamu. Daripada 10 tanda-tanda ini saya keluarkan berdasarkan pemerhatian saya terhadap orang sekeliling saya.

Tanda Pertama : Kamu mempunyai senarai tentang apa yang kamu tak suka tentang pasangan kamu

lumrah manusia tak sempurna dan banyak kelemahan, tetapi apa yang kamu tak suka tentangnya dia mampu di senaraikan berpuluh-puluh dan kamu simpan dengan rapi di hati kamu dan tak mahu menunjukkan kerana kamu sayang dia.

Tanda Kedua : Selalu menjauhkan konflik antara kamu berdua

Jika berlaku salah faham itu biasa, tetapi apabila setiap masalah itu selalu cuba di jauhi dan bukan mencari penyelesaian., di simpan terus di dalam hati. Jika lama-lama di simpan jika berlaku konflik nanti masalah kecil pun boleh jadi besar kerana rasa tak puas hati yang berlarutan.

Tanda Ketiga : Dia tak pernah menhiraukan tentang kesihatanmu

Sebagai contoh, dia tahu kamu alahan tetapi bersama kamu dia tetapi hisap rokok dan tidak mempedulikan kamu.

Tanda Keempat : Dia sentiasa mahu perubahan dari kamu tapi dia tak mahu berubah dirinya sendiri.

Dia mahu kamu berubah untuk jadi lebih baik, sebagai contoh dari memakai baju yang seksi kepada yang lebih sopan dan bertutup. Dari tak bertudung ke memakai tudung, dia mahukan perubahan kamu.Tapi bila tiba dia ? dia tak mahu lakukan perubahan , katanya susah untuk lakukan berubahan..

Tanda Kelima : Dia tidak percaya dengan kamu

Kepercayaan ada teras dalam perhubungan , tetapi kalau tidak ada kepercayaan itu bagaimana perhubungan itu mahu di teruskan ? sebagai contoh kamu mahu pergi keluar tengok wayang dengan kawan-kawan dia meminta kamu laporkan setiap 1 jam apa yang kamu buat ? sebagai pasangan perlu ada toleransi dan kepercayaan.

Tanda Keenam : Dia tak pernah menyokong apa yang kamu suka (impian dan cita-cita )

Sebagai contohnya impian kamu adalah teringin mahu jadi doktor , tetapi apa yang si dia katakan bahwa " tak payahlah jadi doktor , perempuan bila dah kawin tugaskan kat dapur juga " .

Tanda Ketujuh : Dia selalu buat kamu bersedih, duka dan tiada mood

Bila jumpanya tak sah kalau tak bergaduh, tak sah kalau kamu mesti tak menangis kerananya. Sehinggakan menjejaskan aktiviti harian kamu dan buatkan kamu tak ada mood. Buat itu tak boleh , buat ini tak berkenan di matanya.

Tanda Kelapan : Dia tak pernah hargai dan peduli apa yang kamu buat

Dalam perhubungan saling menghargai satu sama lain itu satu pekara yang penting, tetapi bila kamu buat sesuatu untuk dia, tapi dia tak hargai ? kamu cuba masak mee goreng dan minta dia rasa ," awak saya tak makan mee goreng la ,lain kali tanya dulu sebelum masak tu,sama ada saya suka atau tidak" Si dia belikan tudung, "ishh awak nie belikan tudung nie tak cantiklah tak pandai betul pilih warna"

Tanda Kesembilan : Tiada "chemistry "atau keserasian

Keserasian itu penting kerana kamu adakan hidupnya dengannya dalam jangka waktu mungkin lama. Jika setiap hari bergaduh, salah faham sikit bertumbuk, tak boleh buat salah sikit maka nak marah-marah? bagaimana nanti bila dah berkahwin ?

Tanda Kesepuluh  : Dia tak pernah membicarakan tentang masa depan hubungan kamu berdua, hal perkahwinan dan membawa jumpa ibu bapanya.

Tujuan kita perhubungan cinta antara lelaki dan perempuan itu untuk apa ? bukankah untuk ke arah menjadi yang halal atau perkahwinan ? Jika hanya untuk couple ? rasanya itu bukan tujuan untuk kamu hidup. Dan tak pernah perkenalkan langsung pada ibu bapa kamu ? itu membukti dia tidak serius dengan kamu. Fikir-fikirlah.

Ini hanyalah pandangan saya sahaja, tiada kaitan dengan siapa-siapa. Hidup kita adalah mencari perhubungan yang halal dan di restui oleh ibu bapa dan ALLAH. Jika ke arah pekara yang baik in sha ALLAH Dia aturkan yang baik-baik untuk kamu, bersangka baik dengan ALLAH. Jika ada kesepuluh ciri-ciri ini kepada pasangan kamu maka fikir-fikirkanlah.Tak semestinya ada 10 pekara di atas tak bahagia, boleh bahagia.. puncuk pangkalnya adalah diri kita sendiri.Jodoh itukan rahsia Allah siapalah kita untuk menidakkannya. Setiap manusia boleh berubah jika di berikan peluang. 10 tanda-tanda ini hanya sebarang rujukan sahaja, mari kita sama-sama muhasabah diri.

No comments:

Post a Comment