Pages

Monday, December 30, 2013

Awak dah berubah..

a

Kenapa awak? Dulu boleh kata 24 jam kite sms n on call ada je topic nak cerita tak bosan pun.Sekarang nak mesej sehari pun susah kadang2 tu just say gud morning and gud nyte jer.
Tu pun kira nasib baik lhaa.Dulu awak selalu cakap awak sayang saya,awak rindukan saya.. tapi sekarang semua 2 dah jarang2 awak cakap.Bila saya cakap kat awak,awak kata awak sayang saya jugak.Tapi kenapa jadi macam nie.Awak dah lain sangat sekarang,awak dah berubah.Awak tak nampak yang awak berubah,tapi saya nampak awak!Dalam diam hati saya menangis.Dulu.. awak selalu cakap nak saya sentiasa ada dengan awak nak bawa saya ke mana saja awak pergi..

Saya tak nak awak layan saya sebab terpaksa..
Dulu awak selalu pesan kat saya jangan gantikan orang lain di tempat awak dalam hati saya.
Sekarang awak da tak kisah pun dengan semua 2 siap suruh saya pergi lagi.Dulu awak tak kisah pun saya asyik tanya benda yang sama.Awak dah berubah semenjak awak jumpa kawan-kawan yang dulu.Sekarang awak selalu kata saya macam2 saya buat semua tu sebab saya tak nak awak tipu saya.Awak tak pernah faham isi hati saya tapi awak janji akan cuba faham saya.Sekarang lagi teruk dari sebelumnya saya tak nampak pun awak cuba faham saya.Dulu saya selalu senyum sorang2 bila teringat kat awak.Sekarang saya selalu menangis bila teringatkan awak sedih dengan hubungan kita yang makin hambar nie.Kalau nak cerita pasal perbezaan hubungan kite nie memang banyak awak,tak terkata memang banyak.Mana janji2 awak yang dulu?
Late in nite when all the world is sleeping. I stay up and think of you n I wish on a star that somewhere u're think of me coz i'm dreaming of u tonight.i love you,i need you,i miss u damn much and all the moment that we have been together.Saya rindukan awak yang dulu.

1 comment: