Pages

Tuesday, April 1, 2014

MH370 ‘Ditangkap’ Tentera Laut AS, Ini Respon Hishammuddin

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein sekali lagi menegaskan Malaysia tidak pernah menyorokkan apa-apa maklumat mengenai MH370 dan berkata negara telah bersikap terbuka khususnya melibatkan perkongsian data tentera.


“Jika anda kata saya sembunyikan maklumat, maklumat apa yang saya sembunyikan? Jika pada akhirnya, ada sesuatu mengenai juruterbang atau keganasan. Apa kata bila kami jumpa kotak hitam baru kami dapati ia merupakan rancangan keganasan?

Pada masa itu kami akan dikatakan tidak bertanggungjawab dengan menyatakan sesuatu sekarang tanpa disahkan,” katanya.

Mengenai spekulasi MH370 telah mendarat di pangkalan tentera Amerika Syarikat Diego Garcia di Lautan Hindi, Hishammuddin positif negara itu tidak terlibat berdasarkan banyak aset mereka yang telah dikerahkan untuk operasi SAR termasuklah pengesan kotak hitam.

Hishammuddin berkata, jika benar wujud konspirasi sedemikian, tidak mungkin Amerika mahu membelanjakan berjuta-juta Dolar dan menggerakkan pelbagai aset sejak pencarian dilakukan di Laut China Selatan.


“Saya tidak tahu, kita boleh semak. Mungkin kalau saya cakap orang takkan percaya. Mungkin kita boleh dapat pengesahan dari tuan punya badan sendiri,”katanya.

Ditanya cabaran terbesar sepanjang tiga minggu ini, Hishammuddin berkata: “Apabila hendak mengalih tumpuan kepada koridor utara dan koridor selatan.”

Katanya selain cabaran diplomatik untuk mendapatkan kerjasama dengan negara-negara besar seperti Kazakhstan, China dan India, beliau juga khuatir melihatkan keadaan muka bumi di koridor selatan.

“Bila perdana menteri terpaksa umumkan bahawa kali terakhir pesawat itu berada di koridor selatan, saya cukup bimbang sebab tak ada tempat nak mendarat, tak ada tanah yang luas… yang boleh kita harap radar utama dan sekunder.

“Kita terpaksa harap satelit, itu belum lagi kita atur kedudukan aset. Bila dah atur kedudukan aset tengok cuaca, laut bergelora, kalau lepas ini nak turun bawah tengok teknologi lain pula. Dalam hati itu susah nak diterima,” katanya.

Hishammuddin dalam sidang media lebih sejam itu menarik perhatian apabila berkata kehilangan pesawat MH370 berjaya “mematahkan” ‘silo’ yang wujud antara beberapa pihak berkuasa di Malaysia seperti Jabatan Penerbangan Awam dan TUDM, namun ia juga berlaku di peringkat antarabangsa.

“Tengok dalam agensi-agensi antarabangsa dalam konteks NTSB di Amerika Syarikat (Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan), AAIB di Britain (Cawangan Siasatan Kemalangan Udara) dan CAAC di China (Pentadbiran Penerbangan Awam China)… kalau tak kerana MH370 mereka tidak akan duduk bincang sebegitu rupa,” katanya.

Menurut Hishammuddin, keadaan yang dianggap luar biasa itu bukan mudah untuk dilihat, namun berlaku ketika traged kehilangan MH370 berikutan sikap serta dasar Malaysia yang sentiasa berbaik-baik dengan semua negara.

“Malaysia ramai kawan tak ada musuh dengan sesiapa. Maka ramai yang tampil untuk bantu dalam menghadapi tragedi ini, katanya.


KUALA LUMPUR – Penceramah antarabangsa terkenal Prem Rawat berkata penemuan berharga daripada tragedi yang menimpa pesawat Malaysia Airlines MH370 boleh dijadikan pengajaran dan garis panduan oleh penumpang dan syarikat penerbangan.

“Tragedi seperti ini ada pengajarannya, nyawa manusia yang hilang juga, ada pengajarannya dan boleh dijadikan iktibar untuk meningkatkan keselamatan penumpang pesawat pada masa akan datang,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Penceramah berasal dari India ini juga merupakan juruterbang berpengalaman yang telah melakukan 14,000 jam penerbangan.

Prem berkata beliau tidak percaya ada juruterbang yang sanggup melakukan tindakan negatif ketika menerbangkan pesawat.

“Saya tidak dapat bayangkan keadaan yang dialami juruterbang berkenaan kerana apabila mengemudi pesawat, tidak ada juruterbang yang tergamak membahayakan dirinya, penumpangnya dan pesawat yang dipandunya, tetapi akan memastikan penerbangan kendaliannya berjalan lancar dan selamat,” katanya merujuk kepada spekulasi bahawa anak kapal MH370 mungkin melakukan sabotaj terhadap pesawat itu.

Prem dikenali ramai melalui kemunculannya dalam siri televisyen berjudul ‘Words of Peace’, yang telah memenangi pelbagai anugerah dan ditonton di 50 negara dalam 48 bahasa setiap minggu.

Melalui program selama 30 minit yang disiarkan ke seluruh dunia itu, Rawat memberi perspektif unik tentang cara yang boleh diamalkan oleh seseorang untuk menikmati kehidupan yang tenteram dan bahagia.

Prem sedang dalam siri jelajahnya ke Malaysia untuk menyampaikan ceramah di Segamat, Ipoh dan Putrajaya. – BERNAMA

Apa Motif Israel Miliki Pesawat Serupa MH370 Ini?



Selain teori konspirasi melibatkan Amerika Syarikat, satu lagi pihak yang amat hangat diperkatakan sebagai ‘dalang sebenar’ di sebalik kehilangan MH370 adalah puak Yahudi atau Israel.

Teori ini dibawakan seorang wartawan Amerika Syarikat yang menulis buku berjudul Solving 9-11: The Deception that Changed the World, Christopher Bollyn.


Untuk rekod, Bollyn yang turut membantu Profesor Steven E. Jones dalam menganalis serangan 9-11 telah muncul dengan bukti-bukti yang mengaitkan Israel dalam serangan ini namun mereka berdua telah ‘mendapat susah’ termasuk diserang dan dipenjara.

Meskipun penglibatan Israel tidak dapat dibuktikan, namun ada alibi tertentu yang membuatkan teori ini turut kencang diperkatakan.

Selain Kedutaan Israel didakwa ‘cuti tanpa sebab kukuh’ pada hari kejadian (sama seperti yang berlaku pada hari serangan di Twin Tower, Amerika Syarikat pada 9 November 2001) terdapat bukti lain yang lebih membuka mata.

Ia adalah tindakan Israel membeli dan memiliki sebuah pesawat Boeing 777 2H6(ER) lama milik Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS).

Pesawat ‘kembar’  MH370 ini telah dirakam di sebuah lapangan terbang kecil di Tarbes–Lourdes–Pyrénées, Perancis pada 4 Oktobe 2013 sebelum ia dibawa ke Lapangan Terbang Ben Gurion, Tel Aviv, Israel pada 4 November 2013.



Difahamkan, pesawat MAS Boeing 777 dengan nombor siri 28416 dan didaftarkan sebagai 9M-MRI ini telah dijual kepada GA Telesis, LLC di Fort Lauderdale, Florida pada 21 Oktober 2013 sebelum didaftarkan sebagai N105GT.

Pesawat ini disimpan di Tarbes Lourdes Pyrenees pada 4 Oktober 2014 sebelum dibawa ke Tel Aviv sebulan kemudiannya.

Persoalannya, mengapa Israel membeli dan mahu memiliki pesawat lama MAS ini?

Jika dirujuk kembali reaksi Israel berkaitan kehilangan MH370, seorang ‘pakar keselamatan’ negara tersebut, Issac Yeffet pantas mengaitkannya dengan teori bahawa MH370 telah ditawan pengganas dan dibawa ke Iran untuk digunakan bagi siri keganasan akan datang.

Yeffet dilaporkan memberi kenyataan kepada Times of Israel:

“What happened to this aircraft, nobody knows. My guess is based upon the stolen passports, and I believe Iran was involved. They hijacked the aircraft and they landed it in a place that nobody can see or find it.” (Tiada siapa tahu apa sudah berlaku pada pesawat tersebut. Berdasarkan kes pasport curi yang dilaporkan, saya percaya Iran terlibat dalam hal ini. Mereka telah merampas pesawat dan menerbangkannya ke satu tempat yang tidak dapat dijumpai).

Pendapat ini turut disebarkan oleh individu yang bukan rahsia lagi merupakan agen Israel dan penyebar propaganda Zionis iaitu Rupert Murdoch yang turut memberikan komen senada:

Obama should call Chinese President following today’s incident and say “we both have the problem of Muslim terrorism. Can we work together?”
3:50 AM – 8 Mac 2014

777 crash confirms jihadists turning to make trouble for China. Chance for US to make common cause, befriend China while Russia bullies.
4:15 PM – 9 Mac 2014

World seems transfixed by 777 disappearance. Maybe no crash but stolen, effectively hidden, perhaps in Northern Pakistan, like Bin Laden.
2:23 AM – 15 Mac 2014

777. Still think this a reminder that US and China should be working more closely on Muslim extremist threat.
2:26 AM – 15 Mac 2014

Sejak dahulu lagi, Israel sering ‘digosipkan’ sebagai perancang licik dalam banyak agenda dunia termasuk serangan 9-11.

Rancangan ini kadangkala dapat dihidu selepas kejadian berlaku, contohnya menerusi filem Medusa Touch pada tahun 1978 yang menunjukkan adegan serangan persis 9-11 di penghujung filem.


Pembikinnya, Arnon Milchan selepas diteliti adalah penerbit filem yang juga anggota perisikan Israel, Mossad.

Jadi selepas diambil kira tentang pesawat MAS yang secara tiba-tiba menarik minat Tel Aviv, tak dapat tidak kita akan terfikir bahawa tidak mustahil jiak kehilangan MH370 adalah satu daripada plot yang sudah dirangka oleh Israel.

Pada masa sama, Israel mungkin telah menunjukkan petanda mahu menjadikan Iran sebagai kambing hitam sambil misi utama mereka sebenarnya mewujudkan false-flag bagi mengatur satu kejadian serangan ala 9-11 menggunakan pesawat MAS tidak lama lagi?

Apa pun, teori kekal sebagai teori selagi ia tidak dibuktikan secara sahih. Sama-samalah kita doakan semoga kebenaran akan ditunjukkan akhirnya.

Wallahu’alam. -Muhd Zulhelmi - Zulhelmiyazaki.blogspot.com

Sumber: www.bollyn.com

MH370: MIMPI KEDUA Ustaz Darul Manzil


Kali ini, kami siarkan MIMPI KEDUA Ustaz Khairul yang dikongsikan beliau.

Mimpi ini dikatakan mempunyai kesinambungan dengan mimpi pertama dahulu dan ‘berlaku’ sebelum kejadian yang ditunjukkan dalam mimpi pertama.

Meskipun sekadar mimpi, niat Ustaz Khairil mungkin sekadar mahu berkongsi apa yang ditunjukkan kepadanya dalam mimpi.

Perkara sebenar, hanya Allah SWT Maha Mengetahui.

Assalamualaikum.. Semalam (malam Jumaat), saya tersedar sekitar jam 3:15 pagi. Mungkin sebab rasa panas kerana penghawa dingin sengaja tidak dipasang. Anak saya seramai 5 orang semuanya diserang demam dan batuk selsema. Atas nasihat doktor petang kelmarin, penghawa dingin jangan dibuka selagi mereka belum sembuh untuk mengelak serangan penyakit berulang dan mudah merebak.


Oleh kerana mata tidak pula mahu lelap, saya membuka FB di laptop saya. Macam biasa, selepas viral MIMPI MH370, ada saja ‘friend request’. Saya hanya memerhati post dan komen yang ada. Kira-kira setengah jam selepas itu, saya menutup laptop saya dan mandi. Walaupun kata orang tak elok mandi lewat malam, tapi kerana keadaan badan yang panas berpeluh, maka saya teruskan juga niat tersebut.


Selesai mandi dan berpakaian, saya baring di katil. Puas dicuba, saya tetap tidak rasa mengantuk. Tiba-tiba saya rasa berdebar. Saya tertanya-tanya dan cuba mencari punca. Nampaknya masih tiada jawapan yang saya dapat. Debaran semakin kuat…..


Maka, saya ambil bauan ros merah dan saya bacakan surah Az-Zumar:23 beberapa kali. Alhamdulillah, saya rasa tenang dan mata mula mengantuk…


Saya dikejutkan dengan bunyi beberapa buah kenderaan. Bila saya membuka mata, saya berada di belakang sebuah jip yang terbuka. Ada beberapa lagi kenderaan yang sama di depan dan di belakang saya. Kesemua jip ini menuju ke arah sebuah kapal terbang yang masih belum dimatikan enjinnya. Walaupun saya berada di dalam jip tersebut, pemandu dan penumpang semuanya seakan-akan tidak dapat melihat saya. Mereka semuanya berceloreng warna biru lengkap dengan senjata.


Bila dekat dengan kapal terbang tersebut, hati saya melonjak gembira.. “MH370..!!!!!!! Tapi sekarang ni di mana?” Hati saya bertanya sendiri.


Setelah diletakkan tangga besi, pintu kapal terbang terbuka. Mula-mula saya lihat hanya seorang yang keluar sambil mengangkat kedua-dua tangan kanannya. Orang yang dimaksudkan tak lain tak bukan adalah Kapt. Zaharie. Perlahan-lahan dia menuruni tangga dan berjumpa dengan orang yang paling dekat dengan tangga tersebut. Saya kira orang itu pegawai atasan kerana melihat banyak lambang di sisi kanan serta kiri bahunya.


Setelah bercakap yang saya kira lebih kurang 10 minit (perbualan nampak tegas, Kapten jelas ketakutan di wajahnya). Di mengisyaratkan agar ke semua penumpang turun. Dimulai dengan Co-Pilot, krew dan seluruh penumpang. Kesemua mereka nampak terkejut dan ketakutan.
Kesemua mereka saya lihat dipaksa berjalan kaki dengan pengiring bersenjata ke sebuah dewan. Bila dilihat macam hangar tempat simpanan kapal terbang. Apa yang saya hairan, ada lagi 3 buah kapal yang sama jenis, warna dan bertulis MALAYSIA di situ..


Mereka kemudiannya dipisahkan antara jantina dan tangan mereka diikat dengan Cable-Tight di belakang. Seluruh tubuh mereka diperiksa dan barang yang ada termasuk duit syiling dirampas. Tiada seorang pun yang berani bersuara.


Kemudian, mereka dipisahkan lagi kepada kumpulan yang lebih kecil. Kepala mereka diselubung dengan kain dan dibawa dengan jip secara berperingkat. Kumpulan terakhir yang dibawa adalah kumpulan Kapten Zaharie. Saya turut sama naik di belakang jip untuk mengetahui ke mana kumpulan ini dibawa.


Mereka dibawa ke sebuah bilik berdinding zink. Di dalamnya tiada sebarang lampu dan suhunya amat membahang. Mereka diberi amaran untuk tidak bercakap sesama sendiri semasa mereka masih di situ. Ada seorang lelaki dalam kumpulan itu cuba minta izin untuk ke tandas, tapi bukan izin yang dapat, di dimarahi dan di acu senapang ke dahinya. Lelaki itu angkat tangan sambil menangis. Mujurlah tiada apa yang berlaku.


Dari dalam bilik tersebut, sesekali saya mendengar bunyi kicauan burung-burung. Ada juga kedengaran bunyi helicopter yang terbang rendah di udara. Saya menjenguk ke luar bilik dan lihat banyak sekali burung-burung berwarna putih terbang berkicauan..


Selama 2 hari saya berada di situ, saya lihat kumpulan Kapten Zaharie tidak di apa-apakan. Mereka diberi makan pada waktu pagi, tengah hari dan petang. Mereka juga dibekalkan 1 gelen air basuhan. Untuk keluar dari bilik adalah dilarang sama sekali. Kumpulan lain saya tidak tahu dimana mereka berada.


Tepat tekaan saya bila saya mengambil keputusan untuk melilau di tempat itu. Ia adalah sebuah pulau kecil yang diubah suai. Di situ adalah tempat pendaratan kapal terbang dan MH370 masih di situ sebagaimana hari ia tiba. Saya ke sana bila melihat ada 2 buah jip terletak berdekatan tayar belakang. Saya masuk melalui ruang tayar tersebut dan nampak beberapa orang lelaki sedang membuat penyambungan litar. Mereka sambungkan dengan 1 kotak berlampu yang juga mempunyai wayar.


Saya keluar dari pesawat bila mendengar ketibaan jip dari luar. Dari situ, saya lihat mereka memunggah beberapa kotak kayu masuk ke dalam jip dan beredar.


Saya kembali ke kumpulan Kapten Zaharie. Sedih saya tengok suasana mereka. Walaupun tiada seksaan fizikal, saya percaya mental mereka menderita. Mereka nampak lesu dan murung.


Sekitar waktu hampir Subuh, kesemua mereka dikumpulkan bersama di dewan (tempat sama di hari pertama). Mereka dipaksa beratur dan masuk dalam bilik sementara (bilik yang hanya ditutup dengan tabir papan plywood). Bila saya intai apa yang berlaku dalam bilik tersebut, rupanya mereka di cucuk dengan sejenis cecair ke lengan mereka.


Apa yang saya dengar dari perbualan ‘tukang’ cucuk dengan kawan-kawannya, mereka guna ubat nama TOLUENA… Saya pun tidak tahu apa tujuan mereka.


Kesemua penumpang MH370 di kerah untuk naik semula ke kapal terbang mereka. Maka sekali lagi mereka terpaksa berjalan dan menaiki MH370. Sebelumnya, ada suara mengatakan seorang penumpang (katanya duduk di kerusi depan) tidak ada. Pihak baju biru yang memeriksa buat macam tidak dengar aduan mereka.


Kapal terbang itu berlepas pergi dan disusuli sebuah pesawat yang lebih kecil mengekori mereka. Selepas itu terjadi peristiwa sebagaimana MIMPI MH370 yang pertama..


Saya dibawa semula ke tempat awal. Di sini, saya termasuk sebuah bilik yang dalamnya ada banyak komputer dan radio. Ada sebuah peta dunia yang besar di dinding. Tertarik pula untuk saya amati lebih dekat pada peta tersebut. Terkejut saya bila ada tanda ‘X’ berwarna merah di beberapa negara yang saya kenal…
Saya tersedar..


Memang tak pernah saya rasa begitu takut dalam hidup…. Tapi misteri sepenuhnya belum terjawab.. Adakah saya masih diberi peluang oleh-Nya..? Wallahu’alam..
———————
PERINGATAN!
Ini hanya MIMPI… Benar atau Tidak, jawapannya bukan pada saya. Pandanglah dengan mata hati sahabatku… Sekian..