Pages

Saturday, July 21, 2012

Kecantikan Seorang Wanita

Rahsia Diri : http://1001rahsiadiri.blogspot.com


1. Kecantikan seorang wanita ialah terletak sejauh mana ia dapat menahan (menjaga) malunya, sementara kegagahan seorang lelaki ialah terletak sejauh mana ia dapat menahan (menjaga) marahnya.


2. Orang yang membujang adalah orang yang belum menemukan penghibur duka dan dia baru memperolehinya dengan berkhawin.


3. Suami adalah orang yang mencari kebahagiaan hidup dengan menghilangkan sebahagian kemerdekaannya.

4. Wanita menghadapi banyak permasalahan; sebahagian diatasi dengan berkhawin dan sebahagian yang lain diatasi setelah dia masuk ke liang kubur.

5. Mata yang paling indah tetapi juga harus diwaspadai adalah mata kaum wanita.

6. Jangan menyalahkan perasaan isteri anda kerana perasaannya yang terbaik ialah ketika ia menerima anda sebagai suami.

7. Perawan tua ialah wanita yang kehilangan kesempatan menyusahkan seorang lelaki.

8. Yang diinginkan seorang gadis dari dunia ini hanyalah seorang suami, dan apabila ia sudah memperolehinya, ia menginginkan segala-galanya.

9. Wanita bisa memaafkan suatu pengkhianatan suaminya, tetapi dia tidak bisa melupakannya.

10. Kecantikan wanita tidak bererti apa-apa dibandingkan dengan kemuliaan akhlak dan perilakunya.

11. Sebelum khawin, wanita hafal seluruh jawaban dan sesudah khawin, dia hafal seluruh pertanyaan.

12. Barangsiapa mengawini wanita kerana hartanya, maka dia telah menjual kemerdekaannya.

13. Wanita adalah bintang dan pelita bagi lelaki. Tanpa pelita, lelaki bermalam dalam kegelapan.

14. Wanita lebih cepat daripada lelaki dalam menangis dan dalam mengingatkan peristiwa yang menyebabkan dia menangis.

15. Wanita tertawa bila ia mampu dan menangis apabila ia menginginkan sesuatu.

16. Pudarlah kebahagiaan seorang wanita jika ia tidak mampu menjadikan suaminya teman yang termulia.

17. Wanita sangat berlebihan dalam mencintai dan membenci, dan tidak mengenal pertengahannya.

18. Wanita selalu tergolong manusia halus dan lembut sampai saat dia berkhawin.

19. Tidak mungkin seorang lelaki hidup bahagia tanpa didampingi oleh isteri yang mulia.

20. Wanita hidup untuk berbahagia dengan cinta, sementara lelaki mencintai untuk hidup berbahagia.

21. Kebijaksanaan wanita terletak di dalam hatinya.

22. Seorang wanita yang bijaksana menambahkan gula pada kalimatnya setiap kali berbicara dengan suaminya, dan mengurangi garam pada ucapan suaminya.

23. Cincin perkahwinan adalah cincin termahal di dunia, sebab mengharuskan pemberinya mengingatkan harganya setiap bulan tanpa henti.

24. Sesungguhnya tidak ada wanita yang sangat cantik, yang ada ialah kaum lelaki yang sangat lemah bila berhadapan dengan kecantikan.

25. Bagi lelaki, yang terakhir kali mati ialah jantungnya dan bagi wanita adalah lidahnya.

26. Wanita tidak diciptakan untuk dikagumi semua lelaki tetapi sebagai sumber kebahagiaan seorang suami.

27. Pada waktu bertunang, lelaki banyak berbicara dan perempuan mendengarkan. Pada saat perkhawinan, perempuan berbicara dan pengantin lelaki
mendengarkan. Sesudah perkawinan, suami dan isteri banyak berbicara dan para jiran tetangga mendengarkan.

28. Setiap wanita mempunyai dua mata. Adapun wanita yang cemburu berlebihan mempunyai tiga mata. Satu di sebelah kanan, satu di sebelah kiri dan yang
ketiga diarahkan kepada suami.

29. Wanita pada umumnya takut akan tiga hal : tikus, munculnya uban dan wanita-wanita cantik yang menjadi saingannya.

30. Isteri yang bersikap jujur dan setia kepada suami meringankan setengah beban kehidupan suaminya.

31. Seorang wanita menghadapi kesulitan apabila ia berada di antara lelaki yang dicintainya dan yang mencintainya.

Gentlemen sejati


Seorang lelaki gentlemen tidak akan buang tabiat dengan tolong menarik kerusi untuk pasangannya atau membuka pintu kereta untuk pasangannya . Ianya mengingatkan saya kepada sesetengah spesis binatang jantan yang sanggup melakukan apa sahaja untuk mengawan dengan spesis binatang betina . Lepas mengawan blah..


1. Hargai wanita bukan buat wanita rasa dihargai
Inilah kesilapan terbesar yang sering dilakukan oleh kaum wanita . Mereka terlalu mahukan rasa ingin dihargai sedangkan apa yang penting adalah lelaki yang merhargai wanita . Lelaki yang membuatkan wanita rasa dihargai adalah berbeza dengan lelaki yang merhargai wanita .
2. Tahu kemampuan diri
Seorang lelaki yang gentlemen sentiasa berfikir menggunakan akal bukan nafsu . Lelaki yang gentlemen jika mahu membelanja seorang gadis dia akan ukur kemampuan sendiri . Tidak ada sebab untuk seorang lelaki gentlemen menyusahkan diri sendiri untuk memenuhi kehendak kaum wanita sedangkankeperluannya sendiri tidak terurus.
3. Popular di kalangan orang tua ?
Biasanya seorang lelaki yang gentlemen mudah dikenali oleh orang tua . Kerana sifat semulajadi bagi seorang lelaki gentlemen untuk menghormati orang yang lebih tua daripadanya . Lelaki yang gentlemen biasanya mudah bergaul dengan orang tua .
…..
Tetapi ! Lelaki yang gentlemen biasanya tidak akan membiarkan kaum wanita untuk melakukan sesuatu kerja yang lebih dari lelaki atau melakukan sesuatu yang kasar . Jadi perkara biasa jika kaum wanita duduk di meja makan dan lelaki order kepsi . Aku pun buat semua tu .
Takder mencarut-carut
Klu setakat nak cakap ” Anda ibarat bulan bla bla bla ” atau ” awaklah satu-satunya bla bla bla ” tapi bila dah putus cakap “B#rch , F#ck . bla bla bla ” Baik tak payah laaa .
Lihat gaya tuturnya lelaki yang gentlemen tidak akan menggunakan bahasa yang mencarut walaupun bersembang sesama lelaki !
Hanya berdua
Lelaki yang gentlemen tidak akan menggunakan orang tengah atau orang ketiga dalam menyelesaikan masalah . Jika dia mahu no anda dia akan minta terus dari anda ! Jika dia bergaduh dengan anda , percayalah orang yang terlibat hanya anda dan dia . Orang ketiga tidak diperlukan .

Kawan Yang Anda Miliki

Cuba lihat sekeliling anda, berapa jenis kategori kawan yang anda miliki. Walaupun mereka tergolong di dalam kategori yang berbeza, tapi masing-masing mempunyai ciri-ciri yang menawan . Bila anda memerlukan pertolongan mereka, tak kira kawan anda tergolong dalam kategori mana, mereka tetap menghulurkan bantuan. Di sini disenaraikan beberapa jenis kategori kawan yang anda perlukan..setiap satunya dan mengapa.

1. Si Pendengar
Jenis ini mudah mendengar tak kira perkara remeh atau berat tanpa mengadili anda salah atau tidak. Mereka tidak akan menyampuk luahan hati anda dan tidak akan memberi nasihat sehingga anda pinta. Anda patut memiliki kawan jenis ini sebagai tempat anda meluahkan perasaan tambahan lagi jika kawan jenis ini juga sangat bagus menyimpan rahsia.

2. Si jujur
Kawan jenis ini akan bercakap perkara yang jujur sahaja tidak kira anda menyukai atau tidak perkara yang anda dengar. Mereka sangat jujur sehingga ditafsirkan sebagai biadap. Kawan jenis ini yang akan memberitahu anda sekiranya teman lelaki anda curang atau sekiranya kasut yang anda pakai tidak sesuai dengan baju anda. Namun, selepas die mengkritik dengan jujur, dia pantas memujuk anda kembali atau meminjamkan kasut yang sesuai untuk anda.

3. Si Penggemar Fesyen
Bercerita pasal kasut atau baju yang mahal, tidak semua mampu untuk memiliki barangan Jimmy Choo atau pon Guess. Maka, anda patut memiliki kawan yang tergolong dalan jenis ini kerana mereka mampu memilikinya dan dia sangat berbesar hati untuk meminjamkan kepada anda. Mereka ini lah yang sesuai dijadikan rujukan sekiranya anda ingin berbelanja besar untuk satu-satu barangan mahal. Mereka mempunyai citarasa yang tinggi dan rasa fesyen yang sempurna. Namun perkara yang paling menarik, anda mempunyai akses penuh kepada almari beliau. Hebat bukan?

4. Si cergas
Ingin tahu DVD senaman yang mana patut dibeli atau yoga studio yang baru dibuka berdekatan dengan rumah anda patut dicuba atau tidak? Tanya saja si cergas. Mereka yang tergolong dalam kategori ini tidak lokek berkongsi rahsia masakan rendah kalori yang lazat dan enak. Ingin berjoging tapi tiada yang teman? Ajak saja mereka ini, mereka sangat berbesar hati menemankan anda bersenam di taman.

5. Si Diva
Kita semua perlukan drama dalam hidup, maka tidak salah memiliki salah seorang kawan dari jenis ini. Mereka ini bukan ‘drama queen’ tapi lebih kepada sang puteri yang wataknya tidak akan menyusahkan orang lain. Mereka mudah ketawa termasuk kepada diri sendiri, comel dan tiada musuh. Yang pastinya hanya suka berlagak diva dan tahu semua perkara.

6. Si Lasak
Golongan ini lasak seperti budak lelaki dan tahu semua perkara yang budak lelaki tahu. Mereka ini mampu untuk menukar tayar kereta anda yang pancit sekiranya anda tiada kawan lelaki yang boleh menolong anda. Golongan ini tidak akan sesekali memperlecehkan kemampuan wanita yang serba kekurangan malah mereka sangat boleh diharap.

7. Si pengambil berat
Mereka yang tergolong dalam kategori ini bersikap seperti ibu yang sangat mengambil berat. Kawan jenis inilah yang akan memasak bubur dan sup ayam sekiranya anda demam, yang tahu setiap jenis bunga dan yang menyayangi kanak-kanak dan binatang. Mereka sangat penyayang, ringan tulang malah anda boleh berkongsi masalah seperti yang anda lakukan bersama ibu anda.

Sekarang lihat pada diri anda sendiri, jenis kawan bagaimanakah anda dan berapa jenis golongan kawan yang anda ada. Namun, kawan yang bersikap jujur dan baik hati tetap disukai ramai!.
SukaTak Suka ·

Saturday, March 31, 2012

Cinta itu Nikmat .........tapi ~

Assalamualaikum .... 

hari ni kita berbicara tentang cinta ye kawan2 sebab Amy banyak idea tentang cinta je.. rasa2nya otak Amy berbentuk love ...



''cinta itu memang nikmat .. dimakan sedap diminum sedap tapi bila tersalah makan ia bisa menjadi racun .. boleh jadi nikmat madu bertukar hempedu '' 

tertarik dengan kata2 seorang ustaz masa kursus qaseh pergi hari tu .. dia mengatakan cinta itu ialah nikmat dr Allah ..satu2nya nikmat yang diberikan kepada manusia dan 99 nikmat lain di akhirat ..tertanya2 pada hati kenapa nikmat cinta di beri sedangkan yg lain di akhirat kelak .. hati mula membuat firasat sendiri .. ''jika kita dapat cinta itu pasti kita akan menang di akhirat kelak, tapi seandainya kita tewas dengan cinta itu pasti kita merana di sana .. maksudnya cinta itu bercabang2 .. bukan kepada manusia sahaja .. tapi kita seringkali melihat cinta itu terhadap sesama manusia ..kekasih lebih diutamakan ..sedangkan cinta yang paling nikmat adalah cinta terhadap ALLAH s.w.t  yg berkuasa..

so jika kita dpt cinta Allah kita akan dapat 99 nikmat lagi di akhirat kelak .. tapi ! jika kita tewas dengan nikmat cinta + nafsu serakah .. kita hanya dpt nikmat itu di dunia tapi disana kelak kita tidak akan dapat 99 nikmat yg lain .. maybe hanya azab yg kita akan terima..mereka sering mengatakan cinta itu buta sedangkan cinta tidak bersalah kerana sebenarnya kita yg buta ! terkdang kita tenggelam dalam dunia nikmat kita sendiri..nikmat cinta yang kita salah tafsirkan ~ nikmat cinta yg di ciptakan dengan peraturan nafsu ! nikmat cinta yg tiada hadis mahupun batas ! nikmat cinta yg diketuai oleh syaitannirojim !!!!!!!!!!!!

hati berbicara :
 Amy tahu .. ramai yg tidak tahu apa erti cinta kerana mungkin dia tidak bercinta dan memperlekehkan cinta ..pehh cinta ! so bored .. tapi sebenarnya dia alpa ! dia lupa ! dia gila ! dia bodoh ! cinta bukan terhadap kekasih shja .. cinta itu bercabang ! berpucuk ~ berbunga lalu membuahkan hasil .. 
nikmat cinta bukan terletak pd nafsu semata tapi nikmat cinta menghadirkan kebahgiaan , ketenangan , kegembiraan , keberkatan dari Allah .. adakah kita sudah mendapat nikmat cinta yg sebenar2nya ?? atau kita sedang mendapat cinta yg di beri oleh kekasih kita sahaja !! adakah itu cukup.... ? senangnya hidup bila kita katakan sudah cukup !! ..
dan jgn pernah merasa senang bila segala janji terlafaz di bibir kerana kita hanya merancang ~ 

Duniaku; Rasa Cinta Ajaib Nikmatnya

Anda tahu apa itu cinta ? Anda pernah rasa cinta itu ?

Indahnya rasa cinta itu, nikmatnya perasaan itu. Cinta itu membahagiakan. Kalau rasa derita, itu bukan cinta.
Cinta. Kita sering silap dalam menilai cinta. Sedangkan cinta itu tak pernah menipu kita. Tapi kita yang menggunakan cinta untuk menipu orang lain.
Cinta dan hati. Ia saling berkait rapat. Cinta itu rasanya di hati, cinta itu di nilai dengan akal yang waras. Cinta itu di semai melalui perbuatan. Jika cinta itu di khianati, maka resahlah hati, gundah gelana lah jiwa. Dunia seakan hilang serinya.
Ahhhh. Ini falsafah cinta aku sendiri. Hanya falsafah cinta eviSoraya.com yang belum menemui cinta suci, cinta sejati. Tengah-tengah malam macam ni memang ada saja perasaan itu hadir. Hati seorang hamba Allah yang ingin merasai indahnya nikmat cinta & kasih sayang yang sering diperkatakan oleh orang sekeliling.

Rasa cinta ajaib nikmatnya
Hanya nasib menentukan hidup
Tampak riang tetapi gelita
Duniaku
Aku tahu, indah alam maya
Merah hijau meliputi bumi
Langit biru tempat ku berlindung
Duniaku
Di manakah dosa hamba
Betapa begini…
Gelap gelita jadinya alam nyata
Ku hidup tidak berteman mungkin selamanya
Keindahan itu bukan milik daku
Tiap detik ku hidup berdoa
Moga esa mencurah kurnia
Hilang lenyap gelap yang menutup
Duniaku.
Nikmatnya rasa itu. Lagi nikmat bila ianya halal untuk kita dan selamanya menjadi milik kita seorang tanpa perlu berkongsi.
Bila hati dalam dilema, bila akal tak dapat nak buat keputusan, kepadaNya jua ku berserah. Perasaan itu ada. Fitrah insani. Tapi adakah selamanya akan menjadi milik kita ? seringkali ku terkeliru. Cinta yang bagaimanakah sebenarnya yang engkau inginkan dan yang engkau impikan ?
Kerana cinta. Seburuk mana orang itu pun, seteruk mana orang itu pun, sejahat mana orang itu pun, sehina mana orang itu pun; Cinta itu tetap ada. Kenapa begitu cinta ? kerana cinta sudah tersemat jauh di sudut hati. Sukar untuk di leraikan, sukar untuk di buang. Keliru. Dilema. Jalan manakah yang harus aku pilih ? siapakah yang harus ku tetapkan dalam membuat keputusan ?
Bukan mainan perasaan, bukan memainkan perasaan siapa. Sungguh, ku terkeliru. Biar ku pendam perasaan ini. Tak siapa yang tahu kecuali Allah. Mungkinkah kau juga dapat merasakan ?
Saya begini. Saya ada sebab saya tersendiri. Berdiam diri itu lebih baik. Kerana saya tak mampu nak menjawab segala persoalan anda.

Friday, January 13, 2012

Ayat - Ayat Mengorat Masa Kini



Orang zaman dulu mengorat berbeza dari segi teknik yang digunapakai generasi sekarang. Mereka lebih romantis kerana menggunakan pembayang, merujuk kepada bintang, bulan dan matahari.


Antara ayat yang digunakan ialah “Bibirmu merah bak delima merekah, hidungmu mancung bak seludang...” Kalau ayat ini digunakan zaman ini, wanita akan terperanjat kerana anda terlalu jiwang.



So ayat mengorat bagaimana yang disenangi wanita zaman ini? Adakah mereka gemarkan yang berlapik atau yang berterus terang? Manusia sifatnya berjenis-jenis, tidak ada satu cara yang berkesan untuk semua.


Mungkin ayat-ayat mengorat di bawah ini efektif kepada wanita zaman ini :-

1. Ayat Mengorat Berlapik




Lelaki yang menggunakan ayat berlapik adalah seorang pemalu, penakut dan lelaki yang tidak sanggup menahan penolakan. Contoh ayatnya seperti :-

  • “Saya bukannya tuju kan ayat itu pada dia” atau “Saya bercakap secara am saja”.

  • “Saya suka wanita ayu, lembut dan berbudi pekerti tinggi”. Jika dia merasakan ada ruang dan peluang, mungkin ayat itu boleh disambung “…macam you”.

  • “Saya sedang mencari calon buah hati dan jika berminat bolehlah mohon”. Seterusnya terletak kepada wanita yang menerima ayat itu. Jika tiada apa yang berlaku, tiada siapa yang malu.

  • “Saya tak pandai mengurat, taklah sehensem mana, siapalah yang sudi”. Sebenarnya ada wanita yang akan terdorong untuk terpikat dengan ayat jenis ini.


2. Ayat Mengorat Terus Terang





Hanya lelaki yang berkeyakinan tinggi sahaja mampu berterus terang. Antara ayat yang biasa di gunakan ialah :- 

  • “Agak-agaknya bila kita boleh couple”. Ayat ini boleh membuatkan lelaki itu diingati oleh wanita yang ingin dipikat dan membuatnya tersenyum.

  • “Saya tengok awak ni sesuai sangat untuk jadi teman saya. Saya berbesar hati kalau awak setuju”. Tidak ramai lelaki yang berani untuk menggunakan pendekatan kamikaze ini.

  • “I tahu I bukan lelaki idaman you, tetapi you wanita idaman hati I”. Ayat ini kedengaran kelakar tetapi percayalah ianya akan tersangkut di hati wanita. Lebih direct, lebih power.


Risiko menggunakan ayat jenis terus terang ini ialah anda mempunyai peluang untuk ditolak secara direct juga. Jika anda jenis lelaki muka tebal, punya tahap sense of humor atau lawak yang tinggi dan jenis tak ambil pot, silakan..


Selamat Mengorat...

SMS Cinta... ayat-ayat jiwang

1. Dari mana datangnya cinta �� 
dari SMS turun ke hati �.. 

2. Andai kau dapat melihat hatiku 
Andai saja kau dapat membaca fikiranku 
Betapa ruang jiwaku penuh bayangan dirimu, 
Menghiasi hari-hariku 
Senyum dan suaramu teduhkan jiwaku 
Cintailah aku dengan kesungguhanmu 

3. Kalau I boleh menyusun abjad, I nak letak U dekat dengan I 


4. Hello..U ada plaster tak?? I luka teruk sebab jatuh cinta pada U! 

5. Hello.. 
Aku pencuri� 
dan aku di sini nak curi hati kau!!! 

6. U ni doktor ke? Kaki I terseliuh sebab jatuh cinta pada U ! 

7. I nak belanja u gula-gula HACKS�.. 
faham tak ertinya? 
H- Hanya 
A- Aku 
C- Cinta 
K- Kau 
S -Seorang 

8. Luahan Cinta Ibarat Kentut�.. 
ditahan sakit�. 
dilepas malu�. 
dah keluar..fuhhh! Lega!!! 

9. Jika kau hidup sehingga 100 tahun�. 
aku hanya ingin hidup hingga 99 tahun kerana aku tak rela hidup tanpa kau� 

10. Di bawah ini senarai yg aku tak suka ttg kau� 
1�.. 
2�� 
3�.. 
4�� 
Apa nak buat?? Aku suka semuanya ttg kau! 
Tekan ke bawah jika kau merinduiku�. 
Tekan lagi kalau masih rindu�.. 
Lagi�. 
Lagi�. 
Masih tekan lagi??? 
Nampak sangat rindu�.. 
Aku juga sedang merinduimu� 

11. Biarlah yang dulu jadi masa laluku, dan kau menjadi masa kini serta masa depanku. 

12. Kalau cinta ibarat penyakit,aku taknak makan ubat.Biar aku merana diserang penyakit ini krn aku ingin kau tahu betapa aku mencintai kau! 

13. Org kata kita hanya jatuh cinta sekali saja. Tapi setiap kali aku mendengar suaramu, aku jatuh cinta sekali lagi! 

14. Aku terasa sesuatu dihatiku�ianya seperti bara yg kecil. Setiap kali aku melihatmu, bara ini menyala dan ia sungguh istimewa kerana AKU CINTAKAN KAU! 

15. Apakah kasih sayang perlu diucapkan? 
Tidak perlu. Lalu kukirim SMS ini padamu, hingga tidak perlu mengucapkannya. 

16. Andai hatimu penjara, biar aku dipenjara seumur hidupku di dalam hatimu� 

17. Tuhan memberikan rasa cinta dalam diriku, dan aku memberikannya padamu. Tolong jangan diberikan lagi pada orang lain. 

18. Aku mahu kau tahu aku menyintaimu setulus hati..bukan hipokrit�bukan cinta palsu..bukan ada kepentingan�. 
Ini adalah cinta tanpa syarat�. 
Aku begitu menyintaimu�.. 

19. Cinta akan hilang jika diambil org. Cinta akan mati jika digenggam rapi. Bagaimana harusku memegangmu? Apa perluku meneruskan atau melepaskan? 

20. Betapa indah pun perkataan, tak boleh sama utk menyatakan cintaku padamu� 

21. Tuhan memberikan rasa cinta dalam diriku, dan aku memberikannya padamu. Tolong jangan diberikan lagi pada orang lain. 

22. Cintaku bukan ibarat kertas�.. 
Cintaku adalah bara yg sentiasa menyala 
dan semakin marak ditiup kerinduan padamu�.. 

23. Jika mencintaimu satu kesalahan�biar aku bersalah. Cintaku padamu sangat kuat dan akan kuperjuangkan hidup ini demimu� 

24. Cinta kita banyak ranjau. Tapi percayalah ia tidak sedikit pun mengurangkan cintaku padamu�.Kau adalah insan teristimewa dalam hidupku 

25. Aku tak dapat hidup tanpamu�.. 
kerana kaulah nyawaku�� 

26. Jika cinta itu dicukai..aku lah pembayar cukai paling tinggi! 

27. Mencintaimu adalah perkara terindah yg pernah berlaku dalam hidupku. 
Mana mungkin aku melupakanmu seumur hidupku. Kaulah kekasihku yg pertama dan terakhir. 

28. Air mata kerana sahabat 1 pengorbanan, 
Air mata kerana ibu bapa 1penghormatan, 
Air mata kerana kekasih 1penyesalan, 
Air mata kerana Allah 1 keberkatan. 

29. 
()� � �() 
( ; 
( O) saya kan, 
(,(��)(��) selalu 
ingat kat awak.. 
tiap2 malam 
suara awak 
lawak awak 
sumer la.. 
()� � �() 
( (�)(�) rindunye..!! 
( ) 
( (��)(��)

_________________
:::I`m that man:::