Pages

Saturday, November 19, 2011

Erti cinta sejati?


Banyak kisah yang terjadi apabila seseorang itu ingat takdirnya adalah bersama dengan si dia, namun akhirnya bersama dengan orang lain. Cinta sejati akan hadir pada keadaan yang tak pernah kita jangka dan kadangkala ia membuatkan kita  rasa sukar untuk meneruskan hidup. Jika anda miskin, anda mungkin akan dapat cinta dari orang kaya. Jika anda kaya, anda mungkin akan jatuh cinta pada orang yang miskin. Jika anda hodoh, anda mungkin akan dapat cinta dari orang yang cantik atau kacak. Kebenaran ini tidak dapat disangkal kerana ia adalah kuasa Tuhan. Oleh itu, percayakan pada jodoh anda kerana tiada perkara yang mustahil boleh berlaku dalam menemukan cinta sejati.

menilai cinta sejati
Cinta adalah perkara yang sukar untuk di ramal. Setiap manusia mempunyai keinginan mereka yang tersendiri. Hati anda sentiasa mencari jalan untuk melunaskan keinginan yang berbuku di dalam hati. Di sebabkan itu, apabila anda terjumpa dengan seseorang yang berjaya memenuhi semua keinginan di hati anda, anda akan jatuh cinta pada orang tersebut secara tidak sengaja. Pernahkan anda berasa terkejut dengan cinta yang hadir pada anda? Seolah-olah anda telah menemukannya si dia?
Cinta sejati tidak perlu di pupuk atau berpura – pura kerana ia menguasai hati anda secara menyeluruh dengan cepat. Cinta sejati boleh di peroleh dari sesiapa sahaja kerana ia adalah satu kuasa yang misteri. Anda boleh jatuh cinta pada sahabat baik anda. Anda boleh jatuh cinta pada orang yang anda tidak kenal. Anda boleh jatuh cinta pada orang yang selalu anda jumpa. Oleh itu, berusahalah untuk memahami cinta sejati, pasti anda akan menemukan jodoh anda.
Oleh kerana cinta sejati boleh hadir dengan tiba – tiba, janganlah anda  menerima cinta dari seseorang yang anda rasa tidak boleh memberi anda cinta sejati. Kelak anda akan rasa menyesal nanti kerana terpaksa memlih antara dua. Jelas bahawa cinta sejati adalah cinta yang spontan. Cinta sejati yang sebenarnya adalah tidak mengenal rupa, tetapi perasaan itu lahir dari hati yang membuatkan anda menyukainya. Bila bertemu cinta, usahalah untuk tidak buta, walaupun peribahasa mengatakan ‘cinta itu buta’. Hakikatnya, buta pada hati adalah perkara yang berbahaya kerana cinta sejati memerlukan cahaya dari dalam jiwa untuk mencintai si dia. Pastikan anda bezakan isi hati dengan rupanya. Nilailah keinginan cinta yang anda temukan dan cari keinginan suci ‘chemistry’.
Cinta sejati yang sebenar adalah amat indah, dan jauh dari apa yang ramai sangkakan. Pernahkah anda merasakan cinta yang dimiliki oleh pasangan bahagia yang telah uzur? Walaupun usia dimamah masa, cinta sejati yang suci milik mereka tetap bersinar dan terpelihara. Oleh itu berusahalah untuk menemukan cinta sejati anda. Fahamilah situasi cinta sejati yang anda inginkan itu untuk meneruskan hidup berdua.

Mengenali cinta sejati?cinta sejati

Tahukah anda, cinta itu adalah perasaan jiwa yang semulajadi. Ia adalah fitrah dan anugerah yang telah menjadi salah satu sifat manusia. Ia wujud hanya bila hati tertarik kepada yang dicintainya itu bersertakan emosi dan suasana yang gembira. Oleh itu dalam memenuhi keperluan untuk puas dalam cinta, manusia sering menghadapi krisis nilai. Ramai insan yang mula jatuh cinta akan bersungguh bagi mencapai keinginan tinggi cinta itu. Berbalik kepada isu buta cinta tadi, akibatnya ramai yang kabur dan gagal dalam menilai cinta. Namun, bagi yang bijaksana, mereka mendambakan cara yang sesuai dan mulia untuk memenuhi keperluan cintanya, yang lahir dari hati, yang bergelar cinta sejati. Insan sebegini adalah hidup dalam keadaan bersih dan penuh taqwa.Cinta sejati yang sebenar-benarnya adalah suci, mahal dan tinggi tarafnya. Sifat cinta itu sempurna, jika tidak ia akan menjadi cacat.
“Janganlah hendaknya kecintaan anda terhadap sesuatu itu membuatkan anda menjadi lupa dan kebencian anda terhadap sesuatu itu membuatkan anda menjadi hancur”
“Nilai cinta sejati”

Apa itu Cinta?


Ramai yang tahu tentang cinta. Ramai yang tahu menyebut perkataan cinta. Ramai yang tahu bagaimana ingin meluahkan kata-kata cinta. Tetapi adakah anda tahu apa itu cinta yang sebenarnya? Di sini saya ingin berkongsi dengan anda tentang apa itu cinta.
Sifat Cinta
Cinta itu suci, mahal dan tinggi tarafnya. Sifat cinta itu sempurna. Jika tidak, cinta akan cacat. Itulah cinta sebenar cinta.
Cinta Wujud Sejak Dilahirkan
Rasa cinta sedia wujud di dalam jiwa manusia sejak manusia itu lahir ke dunia. Cuma manusia akan melalui tahap-tahap kelahiran cinta bermula dari cinta kepada belaian ibu, membawa kepada cinta kepadakekasih dan akhirnya setelah puas mencari cinta suci, maka akan cinta kepada Tuhan Wujudnya cinta itu tidak dapat dilihat tapi dapat dirasa dan cinta sebenar cinta itu suci murni serta putih bersih.
Cinta Bersedia
Bila sampai masanya di setiap tahap-tahap cinta, maka Tuhan menjadikan manusia itu bersedia menerima cinta itu. Pada mulanya jiwa itu bersedia menerima cinta, lantas sedia pula untuk berkongsi rasa kewujudan dengan dikasihi. Sedia untuk mengikat setia serta saling memahami. Setia untuk dipertanggungjawapkan kerana cinta. Sedia untuk menyerah diri pada yang dicintai.
Cinta Itu Indah
Walaupun kewujudan cinta tidak bisa dilihat, tetapi cinta itu indah dan cantik. Cantiknya itu tulin dan tidak ia bertopeng. Bukan saja ia cantik malah suci murni, bercahaya gemerlap dan putih bersih.
Cinta Itu Mengharap Balasan
Cinta antara manusia itu berkehendak kepada jodoh atau pasangan, dari diri yang punya persamaan, dari diri yang asalnya satu. Bila dapat yang dicari, bermakna cinta itu menganggap telah bertemu yang paling sesuai dan secocok dengan jiwanya, untuk bersatu kembali. Kehendak itu timbal balik sifatnya kerana manusia dalam bercinta tidak hanya menerima tapi juga menerima.
Cinta Itu Menakluki
Sifat cinta itu ingin menguasai. Dia mahu yang dikasihinya itu hanya khusus untuk
dirinya. Dia tidak mahu ianya dikongsi dengan orang lain. Sifat ini menuntut hak untuk mencintai dan dicintai. Tapi, dalam pada ingin menakluki, ia juga ingin ditakluki sepenuhnya.
Cinta Itu Mengetahui
Pada asasnya sebenarnya cinta itu mengetahui. Orang yang bercinta tahu siapa yang patut
dicintainya. Cinta tidak perlu bertanya. Manusia boleh jatuh cinta tanpa membaca ilmiah atau novel tentang cinta. Mereka tahu apa yang perlu dilakukan. Tapi, cinta cuma tahu bercinta. Ia tidak tahu akan peraturan cinta jika tiada diberikan panduan.
Cinta Itu Hidup
Cinta adalah ibarat manusia, boleh berputik, lalu mekar serta boleh layu dan gugur. Cinta itu punya deria dan perasaan. Cinta mendengar cinta, berkata cinta, melihat
cinta. Cinta ada segala-galanya. Sayang, benci, cemburu, gembira, sedih, tenang, tertekan, ketawa dan menangis. Cinta itu hidup sampai satu ketika ia akan menemui mati.Tapi ramai orang berharap agar cinta itu kekal selagi dia masih hidup dan tetap hidup walaupun telah mati.
Cinta Itu Suci
Sebagaimana yang banyak dikatakan orang, cinta itu suci. Sucinya cinta bukan bermakna ia tidak mengharap balasan. Cinta mengharap balasan cinta. Sucinya cinta bermakna ia tidak bernoda dan tidak pula berdosa Itulah sifat asal cinta, ia suci bagaikan anak yang baru lahir. Mereka yang kenal erti cinta akan cuba mengekalkan cinta itu sesuci mungkin. Mengekalkan cinta suci bermakna menjauhkan ia dari godaan nafsu yang tidak ada batasan. Kerana nafsulah cinta suci jadi bernoda dan berdosa.
Cinta Itu Mempesona
Cinta itu bukan saja indah, tapi mempersonakan. Ia bukan kerana cinta itu nakal sifatnya tapi kerana ia suci dan bersih. Ia adalah sebagaimana anda melihat pada anak kecil yang comel dan
bersih. Dia senyum pada anda dan merapati anda. Anda terpesona kerana bukan saja ianya comel, tapi kerana dia adalah insan yang tidak berdosa. Kerana sifat cinta yang mempersona ini selalunya manusia itu berbuat silap bila bercinta.
Apa saja yang dilakukan oleh kekasihnya…mempersonakannya dan nampak cantik serta betul walaupun itu adalah satu dosa dan akan menodai cinta itu sendiri. Itulah juga yang menyebabkan orang yang bercinta itu walaupun seorang yang bijaksana, akan menjadi bodoh kerana pesona cinta. Akal itu mampu dikalahkan oleh nafsu. Nafsu itu tidak bisa dikalahkan melainkan jika anda sentiasa ingat kepada Tuhan Maha Pencipta.
Apakah itu Bukti Cinta?
Cinta perlukan bukti. Ramai orang percaya bahawa bukti cinta itu ialah mengorbankan atau menyerahkan apa saja yang kekasih anda mahu. Mereka percaya jika itu tidak berlaku, maka cinta itu tidak tinggi nilainya. Sebenarnya anggapan itu tidak tepat. Jika anda beri semua yang dia mahu,apakah yang tinggal pada anda? Benarkah dia cinta pada anda bila dia mahukan pengorbanan anda?
Cinta sejati tidak memusnahkan atau merosakkan diri kekasih yang dicintai. Malah ia menjaga agar kekasih tetap suci dan selamat sebagaimana sucinya cinta itu sendiri.

Monday, October 24, 2011

Kecantikan Seorang Wanita


1. Kecantikan seorang wanita ialah terletak sejauh mana ia dapat menahan (menjaga) malunya, sementara kegagahan seorang lelaki ialah terletak sejauh mana ia dapat menahan (menjaga) marahnya.

2. Orang yang membujang adalah orang yang belum menemukan penghibur duka dan dia baru memperolehinya dengan berkhawin.

3. Suami adalah orang yang mencari kebahagiaan hidup dengan menghilangkan sebahagian kemerdekaannya.

4. Wanita menghadapi banyak permasalahan; sebahagian diatasi dengan berkhawin dan sebahagian yang lain diatasi setelah dia masuk ke liang kubur.

5. Mata yang paling indah tetapi juga harus diwaspadai adalah mata kaum wanita.

6. Jangan menyalahkan perasaan isteri anda kerana perasaannya yang terbaik ialah ketika ia menerima anda sebagai suami.

7. Perawan tua ialah wanita yang kehilangan kesempatan menyusahkan seorang lelaki.

8. Yang diinginkan seorang gadis dari dunia ini hanyalah seorang suami, dan apabila ia sudah memperolehinya, ia menginginkan segala-galanya.

9. Wanita bisa memaafkan suatu pengkhianatan suaminya, tetapi dia tidak bisa melupakannya.

10. Kecantikan wanita tidak bererti apa-apa dibandingkan dengan kemuliaan akhlak dan perilakunya.

11. Sebelum khawin, wanita hafal seluruh jawaban dan sesudah khawin, dia hafal seluruh pertanyaan.

12. Barangsiapa mengawini wanita kerana hartanya, maka dia telah menjual kemerdekaannya.

13. Wanita adalah bintang dan pelita bagi lelaki. Tanpa pelita, lelaki bermalam dalam kegelapan.

14. Wanita lebih cepat daripada lelaki dalam menangis dan dalam mengingatkan peristiwa yang menyebabkan dia menangis.

15. Wanita tertawa bila ia mampu dan menangis apabila ia menginginkan sesuatu.

16. Pudarlah kebahagiaan seorang wanita jika ia tidak mampu menjadikan suaminya teman yang termulia.

17. Wanita sangat berlebihan dalam mencintai dan membenci, dan tidak mengenal pertengahannya.

18. Wanita selalu tergolong manusia halus dan lembut sampai saat dia berkhawin.

19. Tidak mungkin seorang lelaki hidup bahagia tanpa didampingi oleh isteri yang mulia.

20. Wanita hidup untuk berbahagia dengan cinta, sementara lelaki mencintai untuk hidup berbahagia.

21. Kebijaksanaan wanita terletak di dalam hatinya.

22. Seorang wanita yang bijaksana menambahkan gula pada kalimatnya setiap kali berbicara dengan suaminya, dan mengurangi garam pada ucapan suaminya.

23. Cincin perkahwinan adalah cincin termahal di dunia, sebab mengharuskan pemberinya mengingatkan harganya setiap bulan tanpa henti.

24. Sesungguhnya tidak ada wanita yang sangat cantik, yang ada ialah kaum lelaki yang sangat lemah bila berhadapan dengan kecantikan.

25. Bagi lelaki, yang terakhir kali mati ialah jantungnya dan bagi wanita adalah lidahnya.

26. Wanita tidak diciptakan untuk dikagumi semua lelaki tetapi sebagai sumber kebahagiaan seorang suami.

27. Pada waktu bertunang, lelaki banyak berbicara dan perempuan mendengarkan. Pada saat perkhawinan, perempuan berbicara dan pengantin lelaki
mendengarkan. Sesudah perkawinan, suami dan isteri banyak berbicara dan para jiran tetangga mendengarkan.

28. Setiap wanita mempunyai dua mata. Adapun wanita yang cemburu berlebihan mempunyai tiga mata. Satu di sebelah kanan, satu di sebelah kiri dan yang
ketiga diarahkan kepada suami.

29. Wanita pada umumnya takut akan tiga hal : tikus, munculnya uban dan wanita-wanita cantik yang menjadi saingannya.

30. Isteri yang bersikap jujur dan setia kepada suami meringankan setengah beban kehidupan suaminya.

31. Seorang wanita menghadapi kesulitan apabila ia berada di antara lelaki yang dicintainya dan yang mencintainya.


----------------------------------------------------------------------------

Rasulullah s.a.w. bersabda:
Akan datang atas umatku di mana mereka menyukai lima hal dan melupakan lima hal.
Mereka suka kepada dunia dan melupakan Akhirat.
Mereka suka pada harta sehingga melupakan hari Hisab.
Mereka cintakan makhluk sehingga melupakan Khaliqnya.
Mereka suka berdoa, tapi lupa bertaubat dan mereka suka rumah tetapi lupa pada kubur.

Ayat Jiwang

Ayat yang pertama

Saya amat mencintaimu dan teringin untuk menemuimu secepat mungkin,Saya sudah tidak kisah lagi dengan apa yang berlaku di dunia ini kerana sedang melayari detik percintaan Yang indah bersamamu.Terima kasih untuk Pengalaman mainis yang kulalui bersamamu

Ayat Yang Kedua

Saya berharap perhubungan ini akan membawa kepada sesuatu yang lebih bernilai.Bersama-sama madah cinta ini,saya lampirkan beberapa gambar terkini,harap sayang akan menghantar gambarmu juga

Ayat2 cinta

nie original punya 
Love is a thing shared by two,Love is what you feel for me and you,love is precious when its shared,love is danger wheen its daredd Love wanders and seacrhes for the one,Love plays and just do it for fun,Love lets you hear love songs ,love lets you make sweet poems and a quote,you are my soulmate                  

ini adalah Translate 

Cinta adalah satu perkara yang dikongsi bersama oleh dua, Cinta adalah apa yang anda rasa untuk saya dan anda, cinta itu berharga apabila dikongsi bersama, cinta adalah bahaya wheen Love merayau daredd dan seacrhes untuk satu, drama Cinta dan hanya melakukannya untuk bersenang-senang, Love membolehkananda mendengar lagu-lagu cinta, cinta membolehkan anda membuat puisi manis dan pembida, anda adalah soulmate saya

Friday, October 7, 2011

Ayat sedih dua pasangan Yang tidak Serasi

Bila Kita sayang orang itu..


Kita tnggu dia lame pn x per
Tp biler dia tnggu kiter???dia mrh2
Ati kate ala, adatlah ada yang mnnunggu n dtnggu

Biler kiter syg org tu
Kiter x tdo pn x pe lyn dia yg ngah bsn,
Tp biler kite bosan Ada dia lyn kiter?
Ati kate x pe dia busy kott

Biler kiter syg org tu
Kita gdh ngan dia, kita dim je
Tp dia heboh 1 dnia
Ati kate x pe, dia tension tuu

Biler kiter syg org tu
Kita kol nak ckp ngan dia
Tp dia bg phone kat org lenn atau matikan
Biler jd cm2, x pe
Ati kata, x pe, lyn je, kwn dia, kwn kiter gak

Biler kiter syg org tu
Kita bercerita dgn dia,citer ngan
tunggul lg baik
Tp biler dia bercerita ngan kita
Kita dgr, sepatah2 kite kena ingt…klu x ingat kita yang kena marah
Ati kata x pe syg katakn…

Biler kiter syg org tu
Kita n dia lpr
Tp kiter bg sume roti kita kat dia
Ati kata, ala jagalh ati dia, sian dia….

Biler kiter syg org tu
Kiter sanggup bg dia rest biler dia letih,
Tp biler kita letih, dia srh jugak kiter
lyn dia bila dia bsn
Adil ker? Ati kata, ala bukan selalu pun..

Biler kiter syg org tu
Kita jadi cam org giler dngr dia sakit,
Tp biler kita sakit,
Dia siap kuar ngan kwn2 dia meraikan
hari kesakitan kita,
Ati kata, ala x pe, x kn dia nak
berkepit ngan kita 24 jam

Biler kiter syg org tu
Kita x prnh pntingkan diri sndri
Tp dia hpokrit thp ngaban
Ati kata x per, dia mmg cm2 kene lah trima..

Biler kiter syg org tu
Kiter syg nk tngglkn dia slama2nya
Tp dia x tahu kiter berdpn dgn maut,
Wlpn kiter skt,dia kata kat kiter,sakit
bese2 jer, jgn nk mngrt
Ati kata, cmnelah dia biler kiter x de,
msti dia hepi

Biler kiter syg org tu
Kiter x snggp tngk dia derita
Tp dia x prnh hargai diri kiter,
Ati kata, tau x btapa kita syg kan dia????

Biler kiter syg org tu
Kiter snggup tngglkn dia selaam2nya untk dia bhgia
Tp adkh dia tahu pngrbnn kiter??
Ati kata, x pe, janji dia bhgia

Dan……
Biler kiter dh tngglkn dia selama2nya
Dia dtg ziarah pusara kiterr
Dia kata Dia mintak maaf sebab pernah mngata kiter
Dia mintak maaf sebab pernah bt kiter tnggu dia
Dia mintak maaf sebab pernah pksa kita lyn dia time bsn
Dia mintak maaf sebab pernah heboh 1 dnia slh kiter
Dia mintak maaf sebab pernah x hiraukn kol kiter
Dia mintak maaf sebab pernah x dgrluahan ati kiter
Dia mintak maaf sebab pernah bt kiter klprn sbb dia
Dia mintak maaf sebab pernah gnggu waktu rht kiter
Dia mintak maaf sebab x pernah hiraukn skt kiterr
Dia mintak maaf sebab pernah pntingkn diri dia sndri
Dia mintak maaf sebab x prnh tngk pnderitaan kiter

NAMUN SEMUANYA TELAH T`LAMBAT…

via : Adik A
ade kalanye manusia tidak sedar, orang yg kite tinggalkn adalah orang yg paling kite sayang...
kite terlalu mengejar kebahagian dan terlalu inginkn kgembiraan dengan orang yg tersayang..
lalu kite melukai orang yg pnh kite sayang dan sayangkn kite spnuh hati die...
akhirnya, kite sendiri yang terluka....

Saturday, October 1, 2011

Ape pendapat Kau Orang

kenape nk cari awek yg btl2 paham kita pun susah.....tpi ada ke yg sangguh menerima kita dgn ikhlas.tpi org yg kite suka tidak suka pada kite nape......................tapi ada ke perempuan atau lelaki yg memilih yg pada paras rupa saja tapi hati kata nak yg mana elok untuk diri dia.....